Boleh Buat Apa Botol Shaklee Terpakai ?

Botol atau tong kosong Shaklee yang sudah habis digunakan, jangan cepat-cepat dibuang. Banyak benda yang boleh dibuat daripada botol dan bekas terpakai. Lagi-lagi kalau bekas itu daripada Shaklee.

Untuk info, botol-botol Shaklee adalah biodegradable yang mana semuanya boleh luput dalam tanah. Maka, ianya adalah selamat untuk alam sekitar. Selain itu botol-botol shaklee juga diperbuat dari sejenis plastik yang paling selamat untuk simpan makanan dan boleh dikitar semula.

botol shaklee kosong
Botol Kosong je ni.

Jadi, setelah bertahun-tahun jugalah menjadi pengguna Shaklee ni, tentulah Jida juga mempunyai koleksi botol-botol dan bekas-bekas Shaklee yang dah dihabis pakai dan boleh digunakan semula untuk tujuan lain.

Jimat kan ? Tak perlulah keluarkan duit semata-mata nak beli tabung. Dengan menggunakan bekas Performance Drink ni pun dah cukup. Dah abis guna, bersihkan elok-elok dan tambahlah deko sikit-sikit. Terus jadi menarik tertarik la.

Guna Semula Bekas Kosong Performance
Jadi Tabung Akhirnya.

Oleh kerana jari jemari Jida tak berapa nak kreatif inovatif, maka rupa tabung yang dideko pun biasa-biasa je la. Tapi, apa yang penting isi dalam tu. Muahaha..Harap-harap cukuplah buat bayar roadtax bulan depan. Insha Allah.

Sebenarnya, banya jugak bekas-bekas kosong yang Jida jadikan tabung dan tempat simpan alat tulis tapi takde lah Jida deko-deko sangat. Hanya bersihkan dan guna semula. Tapi kalau nak bagi sedap mata memandang, tampallah apa-apa bagi nampak menarik. Paling kurang tulis label supaya senang nak cam.

Untuk anda yang tidak tahu nak buat apa dengan tong Shaklee yang berlambak-lambak tu, mungkin korang boleh usha-usha idea dari mereka-mereka ini. Memang Kreatif.

ibu zarith

Credit : Ibu Zarith

Kalau bekas kecik-kecik seperti krim muka Enfuselle ni, korang bolehlah buat tempat simpan keronsang. Nampak cam eksklusif je kan bekasnya. Tak de lah lepas ni korang letak kerongsang merata-rata lagi. Hehe.

ummuayyash

Credit : Ummu Ayyash

Tengok tu, bekas Vivix buat letak bunga. Memang vavavoom sangat lah menghiasi sudut ruang rumah anda. Tak perlu pasu bunga mahal-mahal pun. Dari bekas Vivix yang dah habis guna pun jadi. Cantik bak hang.

Tak salah kalau kita guna semula bekas-bekas kosong yang ada. Selain menjimatkan, kita juga dapat memelihara alam sekitar dengan mengguna semula bekas yang masih elok. Sama-samalah kita menjaga bumi daripada terus dipenuhi sampah sarap yang pelbagai jenis.

Let’s Go Green.

(Visited 155 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Boleh Buat Apa Botol Shaklee Terpakai ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!