Bolehkah bersalin normal setelah pernah bersalin ceaserean

Assalamualaikum w.b.t

Normal atau ceaserean ? Sekiranya normal, peluang untuk bersalin normal untuk anak seterusnya adalah lebih cerah. Tapi kalau bersalin secara ceaserean, terdapat beberapa perkara yang perlu di titikberatkan sebelum ibu-ibu dibenarkan untuk bersalin normal. Sebenarnya, bolehkah bersalin normal setelah pernah bersalin caeserean?

bersalin-caeser-normal

Biasanya ibu-ibu yang bersalin caeserean disarankan supaya berehat(tidak hamil) selama 18 bulan dari tarikh kelahiran bayi yang di lahirkan secara ceaserean.Seperti Jida, kelahiran anak pertama secara caeserean menyebabkan Jida menjarakkan kelahiran dengan anak kedua selama hampir empat tahun. Alhamdulillah, anak kedua Jida dilahirkan secara normal. Ibu-ibu boleh bersalin normal dengan syarat tidak ada komplikasi bagi diri ibu atau bayi dalam kandungan.

Ada kajian yang menunjukkan, bagi wanita yang pernah melalui pembedahan caeserean ( 1 kali ), 80% daripada mereka berpeluang untuk mencuba bersalin normal. 20% yang lain terpaksa bersalin secara caeserean buat kali kedua.

Tidak semua kehamllan sesuai untuk mencuba proses kelahiran normal. Bagi keselamatan ibu dan anak, ibu hendaklah mendapatkan nasihat doktor jika hamil sekali lagi. Doktor akan memeriksa rekod kesihatan ibu semasa mengandung yang sebelum ini dan menilai sama ada ibu boleh bersalin normal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai plasenta rendah, yang telah menyumbang kepada bayi anda berada dalam kedudukan songsang atau melintang. Atau anda mempunyai praeklampsia, yang telah menjejaskan pertumbuhan bayi anda, menyebabkan kelahiran awal diperlukan.

Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:

–  Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

–  Pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut.

–  Mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

Keadaan medikal anda mungkin membuat doktor anda menasihatkan anda untuk menjalani caesarean terancang yang berulang. Kadang-kala, pembedahan perlu dijalankan sebagai kecemasan. Walau apa pun, berbincanglah dengan doktor anda secara jujur dan terbuka. 

(Visited 1,179 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Bolehkah bersalin normal setelah pernah bersalin ceaserean

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!