Borong Buku Di Big Bad Wolf, The Starling Mall

Semalam sempat lah curi masa untuk ke Big Bad Wolf yang diadakan di The Starling Mall, Petaling Jaya. Ini kali kedua Jida mengunjungi Big Bad Wolf setelah sekian lama simpan niat nak borong buku banyak. Punya lah lama tak datang event Big Bad Wolf sampai blur-blur Jida di buatnya. Tak tahu nak tuju mana dulu.

Big Bad Wolf The Starling 2018_0

Kalau dekat The Starling ni, korang kena naik ke Tingkat 5 untuk sampai event ini. Lokasinya adalah di exhibition hall iaitu bersebelahab dengan MBO cinema. Oleh kerana Jida pergi dah dekat pukul 11, maka agak ramai jugalah pengunjung yang datang. Masing-masing begitu teruja melihat betapa banyak nya buku-buku pelbagai genre untuk dipilih.

Sebelum bertolak ke sana, Jida dah pasang niat nak beli buku untuk anak-anak dan diri sendiri. Almaklumlah, bukan selalu pun dapat datang event BBW. Jadi, sekali sekala datang haruslah borong banyak-banyak.

Big Bad Wolf The Starling 2018_0
Kaunter pembayaran dan tempat mengambil kotak

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sana, suami ambil satu troli dulu untuk isi buku. Jida pula beratur beli kotak di kaunter. Oh ya, kat BBW ni guna sistem kotak. Ada 3 jenis kotak mengikut harga yang berbeza. Paling kecik RM79.90, sederhana RM99.90 dan yang paling besar RM160. So, pandai-pandailah bajet berapa banyak buku yang anda nak beli, biar bersesuaian dengan kotak yang dibeli.

Big Bad Wolf The Starling 2018_0

Khusyuk anak dara ni pilih buku. Main letak je dalam troli. Huhu..Tapi, tak pe lah, daripada beli mainan baik beli buku. Berguna la jugak kan?

Big Bad Wolf The Starling 2018_0

Ini buku Jida je tau, anak-anak belum masuk lagi. Majoriti buku yang Jida pilih adalah dari genre Health. Senang sikit nak buat rujukan kalau ada tulis entri tentang kesihatan kan. Tak nak lah tulis sembarangan kan. Mesti lah ada ilmu sikit sebanyak bila nak bagi info kat orang kan.

Secara keseluruhannya, memang best dapat datang event BBW kali ni. Tapi ada juga lah beberapa perkara yang mungkin pihak BBW boleh perbaiki.

Pertama, troli cuma boleh diguna sehingga ke depan pintu masuk event. Lenguh juga lah nak angkat sekotak buku yang berat tu sampai ke lif. Nasib Jida datang dengan suami. Ada akak yang naik lif tu, datang sendiri dengan anak. Lagikan lelaki pun penat angkat kotak, inikan pula kudrat wanita nak angkut kotak sampai parking. Kedua, pilihan buku untuk kanak-kanak tak berapa banyak. Yang ada pun, banyak yang dah rosak teruk. Seingat Jida dulu, banyak betul pilihan untuk kanak-kanak. Sekarang ni, sikit sangat pula. Tak tahu lah kalau event kat sini je yang camtu, tapi harap-harap event seterusnya lebih baik.

(Visited 153 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!