Borong Kerepek Raya di Kanchong Darat,Banting

Orang lain sibuk dengan persiapan baju raya, Jida pula sibuk memborong kerepek raya untuk di bawa balik ke rumah mak dan mak mertua di kampung.

Sejak lapan tahun tinggal di Banting ni, tiap-tiap tahun rasanya kami akan memborong kerepek untuk di bawa pulang sempena hari raya. Almaklumlah, tinggal berdekatan dengan perusahaan membuat kerepek, haruslah membawa balik buah tangan di sini untuk di bawa balik kampung.

Jadi, pilihan kedai kerepek raya kami tahun ini adalah Kerepek House yang terletak di Kanchong Darat, Banting Selangor.

Mudah je nak ke Kerepek House ni. Dari pekan Banting, terus je ikut signboard menju ke arah Tanjung Sepat/ Morib. Sampai kat simpang empat Kanchong Darat, masuk kiri, terus ke arah Kampung Sg Lang. Tak jauh dari JPJ Banting dan Immigresen Banting. Insyaallah, nampak lah signboard ‘Kerepek House’ macam kat bawah ni. Tak pun, tanya je orang kat situ. Mesti orang kenal punyalah.

borong kerepek raya banting

Ini lah rupa kedai dia. Nak dekat-dekat raya ni, memang ramailah umat manusia yang datang ke sini. Masing-masing semangat nak memborong kerepek buat raya. Tengok je la kereta yang parking kat depan kedai dia ni. Memang ramai. Ini baru gambar depan kedai. Kat tepi jalan tu sampai ke simpang orang parking pun ada. Kalau ikut hati malas je nak bersesak-sesak, tapi sebab kat sini lebih murah sikit harganya berbanding beli kat tempat lain, maka redhakan je la.

borong kerepek raya banting

 

Design-2016-06-19-02-57-08

Pelbagai pilihan kerepek yang ada kat sini. Kerepek pisang, ubi pedas, maruku, tempe dan segala macam jenis kerepek ada di sini. Kalau nak rasa sikit-sikit, bolehlah cuba pek-pek kecil 500gm, tapi kalau nak buat niaga, better ambik yang 5 kg punya packing la sebab lagi murah. Macam kitaorang ni, konfirm lah ambik pek yang kecik-kecik je sebab nak rasa macam-macam jenis kerepek. Hehe.

Design-2016-06-19-03-01-54

Selain daripada kerepek, Kerepek House juga ada menjual biskut-biskut raya pelbagai jenis. Daripada almond london, batang buruk, bangkit kelapa dan lain-lain. Sediakan je duit banyak-banyak untuk memborong sebab banyak pilihan yang tersedia.

borong kerepek raya banting

Macam tart nenas ni, harganya RM22 sebekas, dah habis dah beberapa keping masa berbuka tadi. Haha..Memang sedap dan konfirm tak sempat sampai raya punyalah.

Design-2016-06-19-03-03-58

Hasil berbelanja hari ni. OK lah tu kan. Itu pun, suami kata nak pi cari kerepek pisang pulak lagi kat tempat lain. Sebab kat sini, kerepek pisangnya laku keras. Sampai habis kena borong dengan orang lain tadi. Huhu.

Design-2016-06-19-03-09-51

Kerepek-kerepek yang berjaya diborong. Maaf, gambar tak berapa nak clear. Tapi yang pasti kerepek ubi yang kat depan tu RM21 untuk 2 kilo. Hehe. Mana la tau kot-kot ada yang nak survey kan. Boleh lah compare dengan kedai lain pulak.

So, sesiapa yang nak bershopping kerepek kat sini. Kat bawah ni ha alamatnya.

FAZZ INDUSTRIES SDN BHD (Kerepek House)
Lot 144 Jalan Cempedak off Jalan Besar Sungai Lang
Kanchong Darat
42700 Banting, Selangor

GPS :
2.794672, 101.499206

Waktu Operasi :
Isnin – Ahad
8.00am to 9.30pm

Tel : 03-31813076

Jida just berkongsi info je ya. Tak dapat komisen apa-apa pun. Apa-apa hal korang boleh call nombor yang tertera kat atas tu ye. Hehe. Semoga Bermanfaat.

** Jida – Agen Shaklee Banting/Dengkil/ Sepang. =)

(Visited 5,059 times, 35 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

7 thoughts on “Borong Kerepek Raya di Kanchong Darat,Banting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!