Bunga Ros Jepun, Bunga Yang Cantik Dan Mudah DiTanam

Salah satu dari koleksi bunga yang Jida suka tanam adalah bunga ros jepun. Walaupun bunganya kecil-kecil dan comel sahaja, tapi bila ia berkembang. Subhanallah, cantik sungguh. Tak jemu mata memandang.

bunga ros jepun

Selain daripada nama bunga ros jepun, ia juga turut dikenali dengan nama bunga pukul 10. Sebabnya, bunga ini biasanya berkembang dari pukul 10 pagi hingga 4 petang(lebih kurang). Bagi orang yang berkerja dari pukul 9 pagi ke 5 petang, memang tak dapat tengok lah ia berkembang. Kesian..Hehe..

Bagaimana cara nak tanam bunga ros jepun ni.

Ada dua cara untuk tanam. Satu melalui keratan batang dan lagi satu melalui biji benih. Bagi Jida, tanam menggunakan keratan batang lebih mudah hidup. Tapi itu pendapat Jida je lah. Mungkin orang lain OK je pakai biji benih.

Tanah yang sesuai untuk ros jepun ni biasanya dari tanah yang mudah air menyerap dan mudah untuk digembur. Jida tak tahu sangat jenis tanah tapi Jida ada beli tanah hitam di nurseri. Nanti anda boleh tanya di nurseri bunga kalau nak tahu apa jenis tanahnya ya.

Penjagaannya pula tidaklah terlalu cerewet. Bunga ini paling suka berjemur pada matahari sepenuhnya. Jadi  pilihlah kawasan yang terbuka atau terdedah pada cahaya matahari jika  ingin tanam bunga ini. Kalau tanam ditempat teduh, alamatnya boleh nampak  daun je lah. Kalau ada bunga pun sikit, tak meriah. Selain itu, kenalah juga bagi baja untuk menyuburkan lagi bunga ros jepun anda tu. Baja yang boleh anda guna dipanggil baja kopi.

Kebun Bunga Ros Jepun Jida

kebun bunga ros jepun

Kebun la sangat kan. Tapi memang betul pun, Jida pernah tanam macam-macam jenis bunga ros jepun. Pelbagai warna dan sangat banyak sampai penuh laman belakang rumah.

kebun bunga ros jepun

kebun bunga ros jepun

Tapi tu dah jadi sejarah la. Sebab tak dan nak bela banyak-banyak. Tapi setiap kali tengok gambar-gambar memang rasa sejuk je hati. Cuma nak tanam tu hold dululah, banyak komitmen dan nak fokus build up bisnes online dulu. Nanti baru kita adjust balik hobi ni biar meriah balik. Insha Allah.

Ok lah semua, itu je cerita kisah hobi Jida bertanam bunga. Semoga ada tips yang Jida bagitau di atas dapat membantu anda yang ingin menanam bunga ros jepun dengan subur. Selamat Berkebun.

Psst..Jangan lupa baca artikel Jida sebelum ni ya. >>> Bunga Vine Cypress, Mudah Di Tanam.

(Visited 24 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Bunga Ros Jepun, Bunga Yang Cantik Dan Mudah DiTanam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!