Bunga Vinca, Tanaman Hiasan Mencantikkan Laman

Bunga vinca ni memang sejenis bunga yang biasa kelihatan dirumah-rumah. Ada yang ditanam terus ke atas tanah dan ada juga yang ditanam di dalam pasu.

vinca bunga cantik
bunga vinca pelbagai warna (gambar google)

Bunga vinca ni sangat senang ditanam dan biasanya berbunga sepanjang tahun. Malah, penjagaan juga tidak rumit dan kadang-kadang ada yang dibiarkan tanpa dijaga tapi tetap subur.

Bagaimana Jida boleh start tanam spesies Vinca ni?

Sebenarnya, bunga Vinca yang ada kat umah ni adalah berasal dari rumah mak kawan Jida. Dek geram lihat bunga vincanya yang subur, Jida minta anak pokoknya sikit untuk dibawa pulang.

Teruja sangat nak tanam vinca masa tu. Sampai-sampai je ke rumah, terus cari pasu dan tanam anak benih tersebut ke dalam pasu.

Alhamdulillah, tak lama kemudian keluarlah bunga yang ditunggu-tunggu. Setakat ini, Jida cuma ada empat warna vinca sahaja pink pekat, pink cair, merah dan putih. 

Ini adalah vinca yang berwarna pink pekat
vinca kampung
Ini pula pink cair

Penjagaan 

Walaupun baru empat warna vinca yang Jida ada. Tapi Jida tetap gembira sebab bunga vinca ni tak secerewet bunga-bunga lain.

Setiap hari Jida akan siram sekali sehari. Baja pula hanya sebulan sekali. Kalau ada rumput yang tumbuh sekali di dalam pasu, rajin-rajinkanlah diri untuk cabut. Itu je.

Pernah juga Jida tak siram pun sebab balik kampung atau malas (wee~~~), tapi vinca ni tetap berbunga juga. Hehe..Itulah kelebihan bunga vinca.

Kaedah pembiakan

Kalau anda nak tanam pokok vinca cara pembiakannya adalah melalui  biji benih atau anak-anak pokok. Biasanya, bila Jida nampak ada anak-anak pokok yang tumbuh di atas tanah. Jida akan ambil dan tanam dalam pasu. Nanti senang saya nak pindah-pindahkan.

ini benih vinca
Ini benih vinca. Boleh dijumpai pada batang pokok bunga tersebut.

Pencahayaan

Cahaya matahari yang cukup diperlukan untuk bunga ini. Kalau tempat yang anda letakkan tu tiada cahaya matahari langsung, payah lah sikit dia nak berbunga. Bunga vinca ni memerlukan sekurang-kurangnya panas pagi supaya dia dapat berbunga dengan subur.

Sekarang ni, Jida dalam usaha nak kumpul lagi warna-warna vinca yang lain pula. Suka tengok kalau ada macam-macam warna. Ceria sangat jadinya.

Ok lah, itu sahaja nak kongsi pagi ni. Selamat bertanam bunga semua. Bye!

(Visited 110 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Bunga Vinca, Tanaman Hiasan Mencantikkan Laman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!