Bunga Vine Cypress, Senang DiTanam Dan Mudah Hidup

Bulan-bulan puasa nak cerita pasal masak memasak atau resepi macam tak best pula rasanya. Karang ada pula yang terliur nanti, kan? Jadi, kita tukar topik cerita pasal hobi la pula.

Dalam setahun dua ni Jida memang ada satu hobi yang Jida suka buat dan ia ibarat terapi untuk Jida bila dapat lakukan. Nak tahu tak apa dia? Haha..Jida suka tanam bunga. Dapat lihat bunga berkembang adalah memberi kepuasan pada Jida.

Dan selalu pilihan bunga yang Jida suka tanam adalah daripada jenis yang senang ditanam, tahan lasak dan mudah untuk hidup. Kriteria-kriteria ni penting sebab kadang-kadang datang juga mood malas nak layan pokok bunga ni. Jadi, masa ni pandai-pandai lah depa hidup sendiri. Wahaha…

Ok, cara nak tanam bunga Vine Cypress ni cukup mudah, first sekali kena la cari benih dia dulu. Kalau macam Jida, suka beli benih secara online. Banyak je sekarang ni penjual bunga yang menjual benih secara online. Tapi pesan Jida, kalau nak membeli online pilih lah trusted seller. Supaya urusan pembelian dapat berjalan dengan lancar.

vine cypress seed
Inilah rupa benih Vine Cypress (Ihsan Google)

Masa pertama kali dapat benih Vine Cypress, memang Jida tak berapa yakin juga nak tanam. Benihnya yang halus dan diri sendiri pun tak pernah tanam pokok dengan biji benih. Maka, keyakinannya hanyalah 50-50. Tapi, atas semangat ‘Belum cuba, belum tahu’. Maka saya pun tanamlah 5 biji benih yang saya beli dengan harga RM2 tu dalam pasu. Tawakal je lah. Kalau hidup tu rezeki la kan.

pokok bunga vine cypress
Anak pokok yang tumbuh dari biji benih ( Ihsan google )

Alhamdulillah, setelah tiga hari dah kelihatan bijinya bercambah menjadi pokok-pokok. Gembiranya bila pokok yang ditanam mula menunjukkan hasil. Rupanya macam gambar yang kat atas ni. Pada masa ni, tak perlulah anda nak siram lebih-lebih pula sebabnya pokoknya masih lembut dan senang mati sekiranya di siram air terlalu banyak. Cukuplah sekadar renjis-renjis manja camtu je. Janji jangan kering sangat.

Bila agak-agak dah besar sikit, bolehlah alihkannya ke pasu yang lebih besar untuk bagi pokok ini tumbuh dengan subur.

vine cypress garden

Ini lah bunga Vine Cypress yang berjaya Jida tanam. Rupanya ada macam bentuk bintang dan dia hidup menjalar. Jadi kenalah letak pancang kayu kalau ditanam dalam pasu. Supaya bunga vine cypress ni boleh menjalar ke atas.

Selain itu, setahu Jida ada 3 warna bagi bunga vine cypress ni seperti pink, putih dan merah. Setakat ni Jida cuma pernah tanam yang pink je. Mungkin lain kali, Jida boleh tanam bunga vine cypress yang berlainan warna pula.

Penjagaan pokok bunga vine cypress ni pun mudah je. Cukup cahaya matahari, tanah yang subur dan air yang mencukupi, hiduplah dia. Sesekali letak lah baja sebagai nutrient untuk tanah. Berbunga lah dia. Bila kudup-kudup bunga tu kering, boleh pula ambik biji benih yang ada untuk disemai lagi.

Haa, begitulah sedikit sebanyak info yang Jida boleh kongsikan mengenai bunga vine cypress ni. Kalau ada yang nak cuba tanam nanti, cubalah ikut tips yang Jida beritahu tadi. Selamat menghijaukan alam kita.

(Visited 101 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Bunga Vine Cypress, Senang DiTanam Dan Mudah Hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!