Cara Berkesan Hilangkan Kotoran Pada Baju Putih

Sejak-sejak Dayana dah masuk Darjah 1 dan mengenakan uniform putih ni, aduhai macam-macam kotoran yang melekat di bajunya. Kadang-kadang tak sanggup rasanya nak bagi pakai baju yang sama tanpa di basuh terlebih dahulu. Sakit mata ni bila lihat baju yang putih bersih tu dah rupa macam belacan.

Tapi, tak boleh juga nak marah dia bila baju kotor. Sebab kat sekolah mungkin dia ada terjatuh di padang atau tertumpah air tanpa sengaja, kan? Maka Jida cuma ambil pendekatan mengingatkan dia supaya lebih berhati-hati dan menjaga uniformnya dengan baik.

Ok, berbalik pada cara nak hilangkan kotoran pada baju putih ni, sebenarnya terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti berdasarkan kepada punca kotoran itu berlaku.

cara hilangkan kotoran dari baju putih

1 – Kesan kotoran terkena minyak

Guna MARJERIN
Cara berkesan untuk menghilangkan tompokan minyak ialah dengan menyapukan sedikit majerin pada kesan tompokan minyak. Biarkan untuk sementara waktu dan kemudian berus seperti biasa.

Guna BEDAK
Selain itu, anda juga boleh menggunakan bedak debu dan tuangkan bedak di tempat yang terkena minyak. Bedak digunakan untuk menyerap minyak dan anda boleh basuh baju seperti biasa.

2- Kesan kotoran terkena dakwat

Guna CUKA
Hilangkan kesan dakwat pada pakaian dengan cuka. Tuangkan cuka pada kawasan baju yang terkena dakwat dan biarkan selama lima minit. Setelah itu, gosokkan bahagian yang kotor sehingga dakwat keluar sepenuhnya. Akhir sekali basuh dengan sabun seperti biasa.

Guna GARAM HALUS + LIMAU NIPIS
Selain cuka, anda juga boleh taburkan garam halus dan perahkan limau nipis pada kawasan yang terkena dakwat. Rendam sekejap dan kemudian basuh seperti biasa.

3. Kesan kotoran terkena darah

Guna GARAM HALUS
Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan kesan darah pada baju. Antaranya basahkan bahagian yang terkena darah kemudian taburkan garam halus pada kesan tersebut. Berus sehingga kesan darah hilang.

Guna AIR BERKARBONAT
Selain itu, anda juga boleh menggunakan air berkarbonat atau gosokkan sabun mandi jenis ketul pada tompokan darah dan berus sehingga kesan darah hilang.

4. Kesan kotoran akibat peluh

Guna SABUN MANDI KETUL
Cara berkesan untuk hilangkan kesan ini adalah menggunakan sabun mandi ketul dan gosokkan pada kesan kotoran terutama pada kolar dan lengan baju.

Ibu-ibu seperti Jida mesti gembira kalau lihat baju anak bersih dan berseri. Sebab itulah ibu semua kena cuba salah satu daripada cara di atas kalau nak mengembalikan kebersihan baju sekolah anak atau apa-apa jenis pakaian yang terkena kotoran.

Nak lagi bersih, boleh cuba juga Sabun pencuci Fresh Laundry Concentrate. Inshaallah, bukan sahaja bersih, malah bebas kimia dan selamat.

Ok lah, sekiranya anda dah mencuba cara berkesan untuk hilangkan kotoran yang Jida senaraikan di atas, jangan lupa komen disini ya. Terima kasih.

RUZIDAH ABDULLAH
ruzidah@gmail.com

(Visited 814 times, 30 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Cara Berkesan Hilangkan Kotoran Pada Baju Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!