Cara Jimat Nak Cantik Dari Rumah, Buat Sendiri Je

Sebenarnya terdapat banyak cara nak cantik dengan kos yang kecil. Tidak perlulah selalu keluarkan kos yang besar di butik kecantikan demi nak mendapatkan kulit muka idaman. Cubalah cara yang disenaraikan di bawah ini. Boleh buat sendiri je dirumah dan bahan-bahannya pun semulajadi.

petua untuk cantik dari rumah

Skrub wajah di rumah

madu susu oat skrub

1. Campurkan tiga sudu besar susu bersama tiga sudu besar madu dan satu sudu kecil oat di dalam bekas dan kacau sehingga sebati.

2. Sapu rata skrub ini ke seluruh wajah anda dan urut lembut dengan dua hujung jari selama satu hingga dua minit dengan gerakan dari bawah ke atas.

3. Bilas wajah dengan air suam.

Masker wajah di rumah

masker wajah

1. Campurkan dua sudu mayonis dengan air perahan lemon.

2. Sapukan pada wajah anda dan biarkan kering.

3. Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. Selain daripada mengecilkan pori, ia juga berfungsi sebagai pelembap.

Krim wajah di rumah

krim wajah dari pisang

1. Kisar sebiji pisang (boleh guna semua jenis pisang) menjadi krim.

2. Sapu rata pada wajah dengan gerakan dari bawah ke atas dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.

3. Bilas dengan air suam dan kemudiannya air bersih. Anda akan merasakan kulit lebih segar dan tegang.

Anda boleh melakukan sendiri rawatan mencantikkan wajah seperti di atas sambil bersantai pada hujung minggu di rumah. Selain tidak mengandungi bahan-bahan kimia, ianya juga selamat digunakan.

Jangan lupa, dapatkan juga Penjagaan Muka Semulajadi dari YOUTH SKINCARE, 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

(Visited 38 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Cara Jimat Nak Cantik Dari Rumah, Buat Sendiri Je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!