Cara Kecilkan Saiz Gambar – Kualiti Tetap Cun

Gambar dah cun tip top tapi nak upload fail la pulak. Pernah tak anda mengalami masalah sebegini? Awal-awal berblogging dulu memang selalu Jida ada masalah nak upload gambar. Dah crop sana sini, gambar still tak boleh upload dek kerana saiz dah ‘obesiti’.

Stress la jugak jadinya sebab gambar yang kita dah edit penat-penat tak dapat publish pulak dalam blog. Tapi, kini Jida dah tahu caranya bagaimana nak kecilkan saiz gambar tanpa perlu kita downgrade kualitinya. Salah satunya adalah dengan compress (memampatkan) saiz gambar secara online.

cara kecil saiz gambar

Biasanya Jida selalu menggunakan laman web TinyJpg untuk membantu mengecilkan saiz gambar yang Jida nak guna. Memang terdapat beberapa lagi laman web lain yang menawarkan servis yang sama, tetapi kali ini Jida hanya ingin menunjukkan cara untuk mengecilkan saiz gambar dengan menggunakan TinyJpg.

Cara-cara Kecilkan Saiz Gambar

1- Buka laman web www.tinyjpg.com

cara kecilkan saiz finish

Masukkan gambar dengan menekan gambar yang ada anak panah seperti di atas.

2. Anda boleh masukkan maksimum 20 gambar sekaligus dan tunggulah sehingga proses pemampatan selesai.

3- Apabila gambar yang anda upload menunjukkan status ‘Finished’, bolehlah tekan ayat ‘Download’ untuk menyimpan gambar tersebut ke dalam fail anda. Selesai.

Senang je kan ? Bak kata seseorang itu, Senang sangat, kacang je! ~~~Ye lah tu, kalau tak tahu tu, yang senang pun kadang tak terfikir nak buat. Hehe..

Jangan lupa, bila anda dah cuba cara kecilkan gambar guna TinyJpg ni jangan lupa komen kat sini ya. Sehingga berjumpa lagi dilain entri. Bye. Assalamualaikum.

Berkongsi Untuk Kebaikan

RUZIDAH ABDULLAH

 

(Visited 43 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!