Cara Kenal Jenis Kulit Muka Yang Mana

Sebelum memilih sebarang produk untuk digunakan pada kulit, adalah penting untuk anda tahu apakah jenis kulit yang anda miliki. Ini adalah kerana, sesetengah produk dicipta khas hanya untuk golongan kulit tertentu. Jadi, adalah perlu untuk anda mengambil tahu jenis kulit anda agar bersesuaian dengan produk kulit yang anda pilih.

cara kenal jenis kulit

Berikut adalah ciri-ciri am yang boleh anda jadikan panduan untuk menentukan jenis kulit anda. Terdapat empat jenis kulit yang biasanya dimiliki oleh orang Asia antaranya seperti :-

KULIT NORMAL

  • Sebum atau minyak semulajadi pada muka adalah seimbang; tidak terlalu berminyak; tidak terlalu kering.
  • Tekstur kulit kelihatan lembut
  • Liang roma kecil
  • Kulit jarang mendapat jerawat. Kalau adapun hanya pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu period atau stress.
  • Kulit Normal adalah sangat beruntung. Kulit seperti ini biasanya smooth, kalau berbedak nipis pun tiada masalah. Kadang-kadang mereka ini ada liang roma yang terbuka di kawasan T-zone (dahi, hidung dan atas mulut. Tapi biasanya tidaklah terlalu ketara. Semuanya in balanced).

KULIT KERING

  • Kelenjar minyak kurang aktif, jadi kurangnya penghasilan sebum
  • Tekstur kulit kasar, kadang-kadang menggelupas
  • Liang roma kecil dan kadang-kadang tidak kelihatan, kusam tidak berseri.
  • Kulit kering ni biasanya terasa lebih tegang selepas dicuci. Kebiasaannya seluruh muka ada daerah yang menggelupas, kasar dan dehydrated.

KULIT BERMINYAK

  • Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum.
  • Muka kelihatan berkilat dan melekit.
  • Liang roma besar, jelas kelihatan.
  • Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.
  • Kulit nampak berminyak lebih-lebih lagi di kawasan Zone-T. Minyak yang sangat ketara dan selalu kena wipe. Make-up akan hilang selepas 3 jam dipakai!

Artikel Berkaitan : Cara Menghilangkan Kulit Berminyak Dengan Berkesan

KULIT KOMBINASI

  • Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa , kering dan berminyak.
  • Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (T-zone) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu.
  • Liang roma di zon T biasanya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.

KULIT SENSITIF

  • Mudah merengsa jika salah memilih produk.
  • Mudah kemerahan jika berada dalam cuaca panas terik matahari.
  • Ada banyak jenis kulit yang sensitive. Ada sensitive normal, sensitive kering, kombinasi dan sensitive berminyak. Kalau salah beli produk, muka jadi gatal, kemerah-merahan ataupun naik jerawat.
  • Ini biasanya berpunca daripada beberapa faktor, contohnya cuaca, persekitaran yang kotor, pengambilan ubatan, diet yang kurang seimbang, hormone tidak seimbang , allergi pada chemical dalam  produk dan sebagainya.

Artikel Berkaitan : Kulit Muka Rosak Dek Salah Guna Skincare

Setelah membaca kesemua ciri-ciri di atas, anda rasa mana satukah jenis kulit anda? Berminyak, kering, normal atau kombinasi? Atau tak dapat putuskan juga yang mana satu? Haa..kalau macam tu, silalah berjumpa dengan pakar kecantikan kulit untuk mereka menganalisis jenis kulit anda dengan lebih tepat.

(Visited 40 times, 10 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!