Cara Membuat Masker Wajah Sendiri di Rumah, Anda Mesti Cuba

Walaupun jarang tengok TV kat rumah ni. Sesekali nak juga relax-relax, cuci mata tengok perkembangan semasa di media elektronik. Buka-buka je dah cerita drama Melayu yang ke udara. Tak sempat tengok berita pun. Takpe lah, bolehlah sekali-sekala layan drama.

Mungkin bagi peminat tegar cerita ni diaorang dah tunggu lama dah kot depan TV. Anakanda berdua ni pun dah menari-nari di depan TV bila mendengar lagu intro nya. Rupa-rupanya drama ‘Mak Cun 2’ tengah dimainkan di kaca TV. Haha..Seronok jugak citernya. Dengan suasana kampung dan masyarakat kampung yang pelbagai ragam. Macam-macamlah ada. Dan bila tengok Mak Cun pakai bedak sejuk dalam cerita ni, mulalah diri ini pun nak tepek sesuatu kat muka.

cara buat masker sendiri dirumah

Dah lama rasanya tak rawat muka dengan masker. Duduk kat rumah pun, kesegaran muka kena lah jaga selalu. Baru lah encik suami bertambah kasih dan sayang. Haha..

Di sebabkan kat rumah takdelah pulak bedak sejuk macam Mak Cun, Jida masih boleh buat masker dengan produk-produk yang Jida guna selama ni. Antara ialah seperti Vitamin E, ESP dan Collagen Powder.

MASKER 1 : Guna Vitamin E

MASKER 2 : Guna ESP + Yogurt

masker_ESP_VitaminE

CARA-CARA NAK BUAT MASKER HOMEMADE ( Vitamin E )

  1. Ambil 1 kapsul Vitamin E Shaklee, dipecahkan dengan menggunakan jarum.
  2. Picit perlahan-lahan untuk keluarkan Vitamin E dari kapsul dan ratakan di sekitar kawasan muka kecuali mata.

Note : 1 kapsul boleh digunakan 2/3 kali.  Jimat tu. Lebihan yang tidak digunakan boleh disimpan di dalam peti ais. Waktu terbaik untuk bermasker Vitamin E ialah sebelum tidur.

CARA-CARA NAK BUAT MASKER HOMEMADE ( ESP )

  1.  Gunakan 1 cup yogurt perisa asli sebagai base masker.
  2.  Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul hingga rata.
  3.  Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata . Biarkan 10-15 minit/kering.

Note : Waktu terbaik pakai masker yogurt campur ESP adalah selepas mandi pagi. Segar je rasa.

MASKER 3 : Guna (ESP + Vitamin E + Alfalfa)

masker_ESP_VitaminE_ALfalfa

CARA-CARA NAK BUAT MASKER HOMEMADE ( ESP + Vitamin E + Alfalfa )

  1. Ambil 1 sudu ESP dicampurkan dengan 1 biji Alfalfa dan juga 1 kapsul Vitamin E yang dicucuk dengan jarum untuk mengeluarkan isinya. Campurkan ketiga-tiga ke dalam mangkuk
  2. Tambah sedikit air ke dalam mangkuk tersebut.
  3. Kacau semua sehingga sebati (ala-ala nak masak cekodok dah ni)
  4. Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata . Biarkan 10-15 minit/kering.
  5. Cuci dan bilaslah dengan air.

MASKER 4 : Guna Collagen Powder

masker collagen

CARA-CARA NAK BUAT MASKER HOMEMADE ( Collagen Powder )

  1. Ambil 1/3 sachet Shaklee Collagen Powder
  2. Campurkan dengan sedikit toner.
  3. Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata . Biarkan 10-15 minit/kering.
  4. Cuci dan bilaslah dengan air.

Lihatlah hasilnya selepas bilas, muka anda akan kelihatan lebih bersih dan fresh sangat. Yang paling best bila kita sentuh tang pipi. Rasa macam lembut je.

Apa kata weekend ni kita cuba buat masker. Bukan susah pun,  2-3 minit dah  siap  buat. Just gunakan produk Shaklee seperti senarai yang kat atas ni pastu tepek la kat  muka. Itu je.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 508 times, 17 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Cara Membuat Masker Wajah Sendiri di Rumah, Anda Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!