Cara Mengatasi Bengkak Susu Ibu yang Baru Melahirkan

Ibu-ibu yang baru melahirkan anak biasanya selalu menghadapi masalah ini. Mengikut pengalaman bersalin Jida yang lepas, dalam sehari dua kelahiran susu belum keluar dengan banyak untuk diberi pada bayi. Tetapi apabila dah masuk hari ketiga berpantang atau beberapa hari selepas itu, mulalah cik B merasa tidak selesa. Macam berat dan keras. Bagi sesetengah ibu, ada juga yang sampai demam akibat ‘bengkak susu’.

Bagaimanakah boleh terjadinya ‘bengkak susu’? 

Bengkak susu merupakan sejenis keradangan pada payudara yang terjadi apabila hormon lacta (hormone susu) dihasilkan oleh badan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

bengkak susu

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Walaupun begitu anda boleh mengurangkan ketidakselesaan anda itu dengan beberapa cara.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ‘bengkak susu’?

1. Susukan bayi anda dengan kerap

Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

2. Tuam payudara dengan tuala

Inilah yang akan Jida lakukan apabila menghadapi masalah ‘bengkak susu’. Tuala kecil yang dibasahkan dengan air suam diletakkan di dada. Tekap secara perlahan-lahan di sekeliling payudara. Cara ini dapat melembutkan areola. Walaupun kaedah ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

3. Urut payudara semasa bayi sedang menyusu

Urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

4. Pam susu

Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

5. Guna sikat rambut

Satu petua yang Jida dapat daripada mak adalah dengan menggunakan sikat rambut. Anda boleh cuba menggunakan sikat dengan cara menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).  Kaedah ini dapat melegakan ketegangan pada payudara

6.  Meletakkan kobis pada payudara

Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

7. Guna Cuka makan

Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

8. Guna Daun Sirih

Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

9.  Mengambil Suplemen Tambahan seperti Lecithin

Dengan pengambilan lecithin secara konsisten, ibu yang mengalami bengkak susu mendapat manfaat seperti mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat. Lecithin juga membantu memecahkan lemak yang berlebihan pada titisan kecil dalam badan ibu. Pengambilan Lecithin bersama suplemen tambahan Alfalfa pula dapat membantu ibu baru bersalin untuk mengurangkan berat badan. Sambil mengurangkan bengkak susu, ibu juga boleh kurus gitew.

Selain itu, manfaat tambahan yang anda perolehi daripada mengambil lecithin ialah daya ingatan (memori) menjadi lebih kuat untuk ibu. Perasan tak, selepas bersalin ni biasanya ibu-ibu ni ada penyakit ‘mudah sangat lupa’.
Maka, dengan khasiat yang diperolehi daripada lecithin akan menyumbang kepada kebaikan kepada diri ibu dan secara tidak langsung disalurkan pada anak apabila menyusu badan.

Semoga panduan yang diberikan bermanfaat untuk anda.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 2,116 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Cara Mengatasi Bengkak Susu Ibu yang Baru Melahirkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!