Cara mengatasi HB rendah semasa mengandung

Nurse : Hb puan tak cantik ni. Rendah sangat. Kenapa boleh jadi macam ni puan?

Ada tak dikalangan ibu-ibu yang disapa dengan soalan sebegini oleh nurse ketika membuat pemeriksaan kesihatan semasa mengandung. Apa yang kita nak jawab ye. Manalah kita tahu samaada hb kita Ok ke tak kan? Haha.. Tapi, selepas kita dah tahu yang HB kita rendah, apa tindakan yang patut kita buat?

Secara umumnya, HB(hemoglobin) ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Dan biasanya, semasa mengandung, nurse akan mencatatkan bacaan HB ibu ke dalam buku merah untuk pemantauan. Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang.

Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?
Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi:-

  • wanita – di antara 11.5 – 16.5g/dL manakala,
  • lelaki – dari 12.5 – 18.5g/dL.
  • ibu mengandung – dari 11-12 g/dl (gram per deciliter).

IMG_20151028_064552_20151028065027244

Gambar diatas ni adalah report card Jida untuk tahun lepas iaitu semasa mengandungkan Dalili. Alhamdulilah, bab-bab Hb ni, Jida OK lagi. Bacaan paling rendah pun hanyalah 11.5 g/dL. Syukur sangat. Kalau tak merasa lah samaada kena inject atau pun di pantau di wad. Tak sanggup kan macam tu..

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Di bawah ini adalah kisah seorang ibu yang ingin berkongsi pengalaman mengandung yang dialaminya setiap kali mengandung.

Puan Aya Chalo,  Puan yang mengandung di dalam Video ini mengalami masalah Hb rendah setiap kali mengandung. Malah, 6 minggu sebelum tempoh melahirkanpun bacaannya masih rendah iaitu 8.7 sahaja. Selepas mengamalkan Vitalea selama 2 minggu, Pn Aya Chalo merasa terkejut kerana bacaan Hb nya sudah naik ke 11.8 . Alhamdulillah.

Penting ke Vitalea a.k.a multivitamin ni?  Apakah kelebihannya?

Multivitamin(Vitalea) penting kerana ia menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik(Vitalea) membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. (Vitalea) juga kaya dengan  iron yang diperlukan untuk menaikkan HB ibu mengandung.

Harganya pula?

Dengan harga runcit RM93.50 untuk 120 tablets, pastinya pelaburan anda cukup berbaloi. Sebotol tahan untuk dua bulan penggunaan sekiranya ibu mengandung mengambil 2 tablet sehari. Jimat bukan ? Untuk sebarang pertanyaan, pesanan dan menikmati potongan harga istimewa, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 626 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Cara mengatasi HB rendah semasa mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!