Cara Mengatasi Impetigo Pada Bayi dan Anak Kecil

Pertamakali mendengar perkataan impetigo, memamg tak terbayang apa benda la tu kan. Rupanya setelah menggali dari sumber internet baru Jida tahu. Owh gini rupanya?.

Apa itu Impetigo?

Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Mempunyai sebarang komplikasi?

Amatlah jarang untuk impetigo menyebabkan masalah lain selain dari ruam yang gatal untuk beberapa hari. anda harus lebih berjaga-jaga jika bayi anda mempunyai ekzema. Walaubagaimanapun, apabila kulit telah dijangkiti, amatlah mudah bagi bayi untuk dijangkiti dengan jangkitan lain. bagi bayi, impetigo mungkin kelihatan dibahagian belakang sahaja. Jika ruam lampin yang menyebabkan masalah, rawatan adalah tetap sama.

Impetigo ialah jangkitan kulit biasa yg disebabkan oleh bakteria stafilokokal atau streptokokal. Walaupun bunyinya agak menakutkan sebenarnya bakteria ini biasanya mendiami di atas kulit manusia ataupun didalam hidung tanpa menyebabkan sebarang masalah. Impetigo terjadi jika bakteria ini menjangkiti kulit.

Bagaimana rupanya?

Impetigo anak

Ia seperti lecuran yang kecil dan mempunyai gelembung cecair jernih. selalunya dibahagian muka atau sekitar hidung tetapi ia juga boleh berada diseluruh badan. apabila ia pecah, ia akan meninggalkan kesan kerak yang kekuningan pada kulit. Ia seakan-akan bayi anda terlekat bertih jagung dimukanya. kulit di bawah permukaannya mungkin akan kelihatan merah terbakar. Walaupun tompok-tompok itu kecil, tetapi kawasan sekitarnya juga boleh dijangkii. Simptom-simptom selalunya akan kelihatan empat ke sepuluh hari selepas jangkitan.

Bagaimana untuk menghindarkan dari merebak?

Pertama sekali, pastikan bayi anda tidak menggaru keruping itu kerana kawasan kulit tersebut mungkin akan luka atau menyebabkan kawasan yang dijangkiti merebak. kurangkan risiko jangkitan dari kesemua ahli keluarga dengan memastikan bayi anda hanya menggunakan flanel, tuala dan cadarnya sendiri sahaja. dan basuhlah alat permainannya dengan air panas. jika dia suka memeluk patung beruangnya, maka ia juga perlu direndam sehingga mendidih kerana ia mungkin mempunyai bakteria yang boleh merebak. ini kerana impetigo berjangkit. Anda dinasihatkan untuk menjauhkan bayi anda dari pusat jagaannya sehingga 48 jam selepas rawatan antibiotik.

Bagaimana untuk merawatnya?

Sangat penting untuk membawa bayi anda berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan yang menyeluruh. Jika perlu, bayi anda akan diberikan krim antibiotik. Jika ruam tersebut merebak ke beberapa tempat lain, mungkin dia memerlukan tablet. Untuk menyapu krim, basuh dan keringkan kawasan yang dijangkiti dan juga basuh tangan anda. Keringkan dengan berhati-hati dan lembut. Juga pastikan anda membasuh tangan anda dengan air panas yang bersabun selepas selesai. anda tidak perlu memakai sarung tangan getah kerana ia mungkin menakutkan si manja anda. Asalkan anda membasuh tangan anda selepas selesai menyapu krim tersebut, tiada apa yang perlu dirisaukan. Jangkitan tersebut akan pulih dalam masa tujuh ke sepuluh hari.

Sumber : mami & baby

Bagaimana Vivix dapat membantu mengatasi masalah ini?

Sekiranya anak kecil anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba cara yang digunakan oleh ibu ini.

Impetigo masalah kulit anak

Ni testi anak saya sendiri,abam umur 3y.tp dia x minum vivix,sy buat masker vivix kat dia utk ikhtiar yg kene impetigo kat muka dan atas kepala.masa kene mmg org tgk rasa ‘kotor n jijik’ tp mak usahakan juga…. Yg advice sapu vivix ni dr Fyda Noh tau (tq doktor fyda)
Alhamdulillah yg gambar kecik tu gamba sekarang n xde parut pun…syukur abam handsome semula 😛 – Puan Norlen Othman.

Alhamdulilah, langsung tak ada kesan daripada masalah impetigo yang dihidapi.

Walaupun anak kecil tidak sesuai untuk minum Vivix secara terus, tetapi ia boleh di sapu secara luaran pada kulit yang bermasalah.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Vivix , jangan segan-segan hubungi Jida di talian 013-6691930. InshaAllah, konsultasi eksklusif akan diberikan untuk pelanggan Jida.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah? [ ID : 933174 ]

013-6691930 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 353 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

3 thoughts on “Cara Mengatasi Impetigo Pada Bayi dan Anak Kecil

  1. Informasinya sangat bermanfaat mbak. ane pernah sih ngeliat anak kecil mirip gitu dan ane beranggapan mungkin tuh anak alergi atau apa tapi karena baca nh artikel jadi tau kalau itu penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!