Cara Mengatasi Masalah Bau Badan

Bau badan adalah sesuatu yang agak sensitif. Orang mungkin tak nak berkawan atau dekat dengan kita kerana masalah ini. Mereka merasa tidak selesa nak berlama-lama dengan seseorang yang mempunyai bau badan kerana merasa tidak selesa dengan bau yang dikeluarkan dari badan kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang kita ada masalah ini kerana kita sudah ‘kebal’ dengan bau badan sendiri.

Bagaimana Bau Badan boleh Terjadi?

Sebenarnya bau badan datang dari dua kelenjar yang bertugas untuk menghasilkan peluh, iaitu Eccrine dan Apocrine. Eccrine yang bertanggungjawab terhadap proses peluh yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Yang mana tujuan utama Eccrine adalah untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Eccrine bersifat tulen dan jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau.

Manakala untuk kelenjar Apocrine, cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh. Selalunya kelenjar peluh Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut. Seperti ketiak, serta tempat sulit seperti kemaluan. Protein yang memecah masuk ke dalam peluh oleh bakteria, boleh menyebabkan ketiak, kaki, badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bagaimana kita dapat Mengatasi Badan Berbauext

1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.

2. Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini. Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.

3. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.

Menurut Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan melalui laman sesawang DEMC, kelenjar apocrine setiap manusia wujud pada bahagian tubuh yang mempunyai banyak folikel rambut seperti ketiak dan bahagian sulit. Kelenjar apocrine ini mengandungi sebum dan bahan yang berlemak di mana peluh dirembeskan.

4. Jadi cukurlah bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.

5. Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut.

6. Kurangkan makanan berempah atau kari. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.

8. Amalkan petua mengatasi bau badan yang menjadi amalan turun-temurun warisan tradisi nenek moyang kita.

Pengambilan Supplement Untuk Mengatasi Bau Badan Secara Semulajadi dan Selamat

Kita juga boleh mengambil supplement seperti supplemen Shaklee untuk mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi kerana Shaklee sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.

Alfalfa Complex

Alfalfa Shaklee
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Garlic Shaklee
Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Herb-Lax

Herba-Lax Shaklee
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Jangan tunggu sehingga semua orang pun mula menjauhkan diri dari anda dek kerana masalah badan berbau ini. Saya pasti anda ingin mengembalikan keyakinan diri anda apabila berdepan dengan orang ramai, kan?

-Ruzidah-

-013-6691930-

(Visited 175 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!