Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Berkesan

Jerawat! Masalah jerawat boleh berlaku pada siapa saja, termasuk orang tua dan remaja. Namun jerawat pada remaja memang menjadi salah satu gangguan yang sangat umum.

Apa sebenarnya penyebab jerawat?

Berikut adalah beberapa penyebab umum yang sering menjadi punca munculnya jerawat.

Ketidakseimbangan hormon

Masalah peningkatan hormon sering terjadi kepada remaja perempuan saat datangnya period. Bak kata kawan Jida “asal period je ada jerawat, asal ada jerawat je, period” . ???

Sabarlah wahai kawan, kalau ko nak tau, bila kita ni datang period, hormon kita jadi tidak seimbang. Oleh kerana paras hormon androgen dan progesterone meningkat, maka jerawat pun mulalah memunculkan dirinya.

Perubahan hormon secara tiba-tiba

Jerawat yang terjadi pada wanita hamil disebabkan karena terjadi perubahan hormon yang sangat mendadak.

Genetik

Faktor keturunan juga turut menyumbang kepada masalah jerawat.

Penggunaan Kosmetik

Tabiat suka mengenakan make up di wajah dan alergi pada beberapa bahan kosmetik antara puncanya anda mengalami masalah jerawat.

Stress

Fikiran yang tertekan juga diyakini dapat menyebabkan jerawat muncul dengan banyaknya.

Pola makan

Beberapa jenis makanan adalah tidak elok untuk diamalkan seperti makanan penyebab jerawat, yang berlemak dan banyak mengandung minyak.

Gangguan Kulit Jerawat

Jerawat adalah salah satu gangguan pada kulit dengan bentuk seperti benjolan atau peradangan di bawah kulit. Jerawat terjadi pada saluran kelenjar minyak pada kulit. Ada berbagai jenis jerawat seperti jerawat kecil yang boleh hilang sendiri tanpa diubati atau jerawat yang boleh menyebabkan keradangan. Jerawat yang sudah meradang biasanya memerlukan penjagaan khas untuk menghindari jangkitan.

Walaupun kita hidup di zaman moden namun, cara menghilangkan jerawat menggunakan bahan – bahan semulajadi masih lagi relevan dan boleh diguna pakai.

Cara menghilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan

#1 Menggunakan Ais Batu

Ais batu berperanan untuk meningkatkan aliran darah pada kawasan sekitar jerawat sekaligus membantu mengecilkan pori-pori pada kulit, membunuh bakteria penyebab jerawat, menghilangkan kotoran pada kulit dan menghilangkan minyak berlebihan yang ada pada kulit.

Air batu

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Ais Batu

  • Siapkan ais batu secukupnya
  • Bungkus menggunakan kain yang bersih.
  • Tuamkan pada kawasan wajah yang berjerawat secara rawak dan sekata.
  • Lakukan selama beberapa minit dan lepaskan ketika anda rasa dah tak boleh tahan sejuknya ais batu.
  • Ulangi lagi terus proses tersebut selama beberapa kali sebagai rutin hinggalah jerawat benar-benar sembuh.

#2 Menggunakan Madu

Madu memang memiliki banyak khasiat dan manfaat bagi kesihatan tubuh yang tak boleh diragukan lagi. Malah, madu juga mengandungi antibiotik yang sangat tinggi dan mampu untuk mencegah jangkitan daripada tersebar dan seterusnya mengakibatkan keradangan.

Madu

Cara Mengatasi Jerawat Menggunakan Madu

  • Siapkan madu asli (bukan madu buatan ya!)
  • Oleskan pada jerawat menggunakan kapas.
  • Biarkan selama 25-35 minit
  • Setelah itu, bersihkan wajah menggunakan air bersih.
  • Lakukan rutin ini sehinggalah anda berjaya mendapatkan hasil yang maksimum.

#3 Menggunakan Buah Lemon
Salah satu buah yang mengandung Vitamin C yang sangat tinggi ialah lemon. Lemon sangat baik jika digunakan untuk mengubati jerawat. Dengan menggunakan lemon, jerawat dapat dikecilkan dengan cepat.

Tetapi perlu diingatkan, gunakanlah lemon yang masih segar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Selain itu, cara ini juga, mungkin tidak sesuai untuk kulit yang sensitif.

Lemon

Cara Mengatasi Jerawat Menggunakan Lemon

  • Sediakan 1-2 buah lemon segar
  • Perah lemon dan tadah airnya pada bekas.
  • Basuhkan air lemon pada wajah yang berjerawat menggunakan kapas
  • Lakukan amalan ini secara rutin pada sebelah malam iaitu sebelum anda tidur.

#4 Menggunakan Bawang Putih

Bawang putih yang biasa digunakan sebagai bahan masakan di dapur ini merupakan antiseptik, antioksidan dan antivirus yang sangat bermanfaat sekali untuk wajah berjerawat. Bawang putih juga mengandungi sulfur yang dapat mempercepat proses penyembuhan jerawat.

Bawang putih

Cara Mengatasi Masalah Jerawat Menggunakan Bawang Putih

  • Ambil beberapa ulas bawang putih dan potong setiap 1 ulas bawang putih menjadi 2 bahagian.
  • Gosok-gosokkan bawang putih yang telah dipotong ke jerawat dan biarkan selama 5-10 minit.
  • Setelah itu, cucilah wajah menggunakan air bersih
  • Lakukan rutin ini secara konsisten sehingga anda mendapat hasil yang memuaskan hati.

#5 Menggunakan Buah Tomato

Tomato merupakan buah yang juga kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan vitamin yang tinggi tersebut membuat buah tomato sangat baik untuk dijadikan salah satu ikhtiar semulajadi untuk menghilangkan jerawat.

Tomato jerawat

Cara Mengatasi Jerawat Menggunakan Buah Tomato

  • Sediakan 1 biji buah tomato yang masak (kemerahan)
  • Potong buah tomato menjadi hirisan yang tipis-tipis
  • Tutup kawasan berjerawat dengan hirisan tomato tersebut
  • Biarkan sehingga 10-15 minit sebelum basuh muka dengan air bersih.
  • Lakukan secara rutin.

Jadi, apa lagi. Silakan pilih salah satu dari beberapa cara mengatasi masalah kulit berjerawat diatas. Lebih baik lagi sekiranya anda dapat melakukannya secara rutin agar hasilnya lebih memuaskan.

Supplemen yang dapat membantu Kulit Bebas Jerawat, dan Cerah Sekata

Selain daripada cara yang Jida senaraikan di atas, terdapat beberapa suplemen yang dapat membantu kulit anda bebas minyak dan dalam masa yang sama menjadi lebih cerah daripada yang sebelumnya.

1. Vitamin C

Vitamin C memang diketahui umum mempunyai kebaikan untuk kulit kerana ia dapat membentuk meransang kolegen dalam kulit. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, jika kolegen dalam kulit anda berkurangan,ia akan menimbulkan kedutan pada kulit.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat melambatkan penuaan, menjadikan kulit anda lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmentasi pada kulit. Pigmentasi merupakan punca tercetusnya jeragat. Kebaikan vitamin C yang lain ialah:

  • Melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih segar.
  • Merawat jerawat di wajah & badan.
  • Kulit yang sekata, cerah dan lembab.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

25 peratus daripada tubuh badan manusia dibina daripada protein. Contohnya seperti kuku, kulit dan otot-otot adalah berasal daripada protein. Bila kita mengambil protein, organ penghadaman akan memproses dan memecahkannya kepada asid amino dan dihantar kedalam darah seterusnya dibawa keseluruh badan.

Sel-sel badan akan memilih asid-asid amino yang diperlukan untuk membina tisu-tisu badan yang baru, antibodi, hormon, enzim dan sel-sel darah. Oleh itu protein adalah amat-amat penting untuk kulit dan tubuh yg sihat dan cantik.

Protein merupakan bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel yang telah mati.

  • Kebanyakkan sel-sel darah putih diganti setiap 10 hari.
  • Sel-sel dalam lapisan saluran usus dan platlet darah diganti setiap 4 hari.
  • Sel-sel kulit diganti setiap 24 hari.
  • Lebih daripada 98 peratus molekul dalam badan diganti sepenuhnya setiap tahun!.

3. Vitamin E Shaklee

Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

Membaiki Parut – Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Sebab itulah, apabila anda mengamalkan ketiga-tiga produk ini secara konsisten anda akan melihat kesannya pada kulit anda. Bila dalaman anda sihat, luaran juga akan dapat kesan baik. Insha Allah.

Testimoni Parut Jerawat Hilang

Testimoni 1

Testimoni set cantik basic

Testimoni 2

Testimoni vitamin gebu

Testimoni 3

Kulit gebu dengan shaklee

Alhamdulillah, nampak ketara kan perbezaan mereka sebelum menggunakan Set Kecantikan Shaklee dan selepas penggunaan.

Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee ini, hubungi segera nombor Jida yang tertera di bawah.

Pengedar Vitamin Anda

 013.6691930
Ruzidah Abdullah (SID : 933174)

(Visited 206 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!