Cara Menghilangkan Kulit Berminyak Dengan Berkesan

Minyak berlebihan pada wajah menjadi masalah bagi anda? Yelah, sekali lap pakai tisu, minyaknya punya lah banyak. Fuh, melekit-lekit di muka dan menyebabkan ketidakselesaan pada tuan empunya badan.

Bagaimana Kulit Muka Boleh Nampak Berminyak?

Lebihan minyak pada kulit menyebabkan muka nampak berkilat, sekaligus memberi pandangan kurang menarik pada orang sekeliling. Jika masalah ini tidak ditangani segera boleh menyebabkan kulit mengalami kerosakan yang lebih teruk seperti masalah jerawat dan kulit kusam.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kulit nampak berminyak antaranya ialah kerana pengambilan makanan yang tidak sihat, tahap hormon tidak seimbang, kehamilan atau pengambilan pil perancang kehamilan.

Namun begitu, anda yang ada masalah ini jangan pening-pening kerana terdapat cara yang mudah untuk menghilangkan minyak di wajah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekitar kita.

Cara Menghilangkan Kulit Berminyak Dengan Berkesan
Cara Menghilangkan Kulit Berminyak Dengan Berkesan

Cara Menghilangkan Kulit Berminyak #1 – Cuci wajah dengan air bersih
Cara merawat kulit wajah berminyak yang pertama ialah dengan selalu membilas wajah secara rutin, terutamanya setelah anda membuat aktiviti di luar. Ini kerana, wajah berminyak akan sangat mudah kotor kerana debu-debu dan kotoran melekat pada minyak di wajah anda.

Cara Menghilangkan Kulit Berminyak #2 – Guna Mentimun
Ambil sebiji mentimun dan di hiris nipis. Gosokkan perlahan-lahan kepingan timun tersebut pada wajah anda. Setelah itu letakkan timun di atas muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilas wajah anda dengan air suam.

Cara Menghilangkan Kulit Berminyak #3 – Putih telur
Masker putih telur merupakan salah satu cara mengatasi wajah berminyak yang cukup efektif. Caranya pun cukup mudah, pertama ambil satu biji telur dan ambil bahagian putihnya saja. Setelah itu, oleskan secara menyeluruh pada wajah anda. Setelah dioleskan putih telur pada wajah, biarkan selama 30 minit barulah bilas wajah anda dengan air suam.

Cara Menghilangkan Kulit Berminyak #4 – Masker pisang
Caranya ialah dengan melenyekkan pisang secukupnya kemudian oleskan secara merata pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas wajah anda dengan air.

Cara Menghilangkan Kulit Berminyak #5 – Perahan air lemon
Ambil sebiji buah lemon, perahkan biar keluar airnya. Kemudian oleskan air perahan tersebut pada wajah anda. Setelah dioleskan cukup biarkan sampai kering sendiri barulah bilas wajah anda. Untuk mendapat kesan yang lebih efektif anda boleh mencampurkan putih telur atau madu kedalam air perahan lemon.

Jadi, apa lagi. Silakan pilih salah satu dari beberapa cara mengatasi wajah berminyak diatas. Lebih baik sekiranya anda dapat melakukannya secara rutin agar hasilnya lebih memuaskan.

Supplemen yang dapat membantu Kulit Bebas Minyak, dan Cerah Sekata

Selain daripada cara yang Jida senaraikan di atas, terdapat beberapa suplemen yang dapat membantu kulit anda bebas minyak dan dalam masa yang sama menjadi lebih cerah daripada yang sebelumnya.

1. Vitamin C

Vitamin C memang diketahui umum mempunyai kebaikan untuk kulit kerana ia dapat membentuk meransang kolegen dalam kulit. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu,jika kolegen dalam kulit anda berkurangan,ia akan menimbulkan kedutan pada kulit.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat melambatkan penuaan,menjadikan kulit anda lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmentasi pada kulit. Pigmentasi merupakan punca tercetusnya jeragat. Kebaikan vitamin C yang lain ialah:

  •  Melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih segar.
  • Merawat jerawat di wajah & badan.
  • Kulit yang sekata, cerah dan lembab.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

25 peratus daripada tubuh badan manusia dibina daripada protein. Contohnya seperti kuku, kulit dan otot-otot adalah berasal daripada protein. Bila kita mengambil protein, organ penghadaman akan memproses dan memecahkannya kepada asid amino dan dihantar kedalam darah seterusnya dibawa keseluruh badan. Sel-sel badan akan memilih asid-asid amino yang diperlukan untuk membina tisu-tisu badan yang baru, antibodi, hormon, enzim dan sel-sel darah. Oleh itu protein adalah amat-amat penting untuk kulit dan tubuh yg sihat dan cantik.

Protein merupakan bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel yang telah mati.

  • Kebanyakkan sel-sel darah putih diganti setiap 10 hari.
  • Sel-sel dalam lapisan saluran usus dan platlet darah diganti setiap 4 hari.
  • Sel-sel kulit diganti setiap 24 hari.
  • Lebih daripada 98 peratus molekul dalam badan diganti sepenuhnya setiap tahun!.

3. Vitamin E Shaklee

Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

Membaiki Parut – Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Sebab itulah, apabila anda mengamalkan ketiga-tiga produk ini secara konsisten anda akan melihat kesannya pada kulit anda. Bila dalaman anda sihat, luaran juga akan dapat kesan baik. Insha Allah.

Testimoni 1

Set kecantikan shaklee testimoni

Testimoni 2

Testimoni

Alhamdulillah, nampak ketara kan perbezaan mereka sebelum menggunakan Set Untuk Hilangkan Kulit Berminyak dan selepas penggunaan. Kulit Berminyak, Parut Jerawat dan Masalah Kulit Kusam berjaya diatasi dengan baik.

Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan Set untuk Hilangkan Kulit Berminyak ini, hubungi segera nombor Jida yang tertera di bawah.

Pengedar Vitamin Anda

 013.6691930
Ruzidah Abdullah (SID : 933174)

(Visited 118 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Cara Menghilangkan Kulit Berminyak Dengan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!