Cara Mengurangkan Keguguran Rambut

Tidak kisah lelaki atau wanita, kedua-duanya ada isu dengan masalah keguguran rambut. Bila rambut kerap gugur dengan teruk, risiko yang paling takut sekali ialah kepala akan botak!

rambut botak bertompok

Rambut gugur sampai botak?

Haa..jangan tak tahu, bila rambut gugur tidak dijaga dan dirawat dengan baik, ia boleh meningkatkan risiko untuk botak. Walaupun mungkin tidaklah botak licin, tapi boleh menyebabkan botak bertompok di bahagian-bahagian tertentu kulit kepala.

Masalah rambut botak bertompok adalah disebabkan oleh sel-sel rambut yang tidak dapat hidup. Sel-sel yang baru tumbuh pula cepat mati kerana itu rambut tidak bertahan dan memanjang.

Rambut adalah kutikel yang hidup. Seperti kuku juga rambut adalah kutikel yang perlu nutrisi daripada darah kita. Seseorang yang kurang nutrisi akan mengalami masalah pada rambut dan juga pada kukunya.

Panduan Agar Rambut Gugur Kembali Lebat

Rambut ibarat mahkota kita. Tidak kira anda lelaki atau wanita. Rambut yang cantik dan lebat lebih menyerlahkan penampilan berbanding rambut yang nipis atau botak.

Oleh itu, amalkanlah penjagaan secara dalaman dan luaran juga untuk memastikan rambut kembali sihat, kurang gugur dan lebih lebat. Antaranya adalah dengan mengamalkan perkara berikut :-

cara mengurangkan rambut gugur

Cara Menjaga Rambut #1 – Amalkan Petua Tradisional

Untuk menguatkan dan melebatkan rambut, amalkan menyapu pati santan kelapa (seelok-eloknya guna kelapa tua) pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Sebaik-baiknya amalkan petua ini seminggu sekali.

santan kelapa

Cara Menjaga Rambut #2 – Ubah Gaya Hidup

Elakkan stres kerana stres yang berlebihan boleh mendatangkan keburukan pada rambut seperti menyebabkan rambut mudah rosak atau putus. Anda boleh mengelakkan stress dengan melakukan aktiviti senaman secara berkala.

Cara Menjaga Rambut #3 – Penjagaan Rambut Secara Luaran

Selain syampu, gunakan perapi (conditioner) supaya rambut mudah diurus dan senang disikat. Tetapi jangan pula sapu perapi pada kulit kepala kerana ia akan menyebabkannya berminyak.

conditioner

Cara Menjaga Rambut #4 – Amalkan Makanan Tinggi Protein dan Juga Makanan Sihat.

Firstly, kita perlu tahu bahawa Protein merupakan asas bagi rambut sihat yang cantik. Kalau nak rambut cantik, sihat dan kuat kena ingat perkataan ni..

PROTEIN

Sebenarnya rambut kita terdiri daripada paling kurang 97% protein. 19 daripada 22 jenis asid amino yang membentukkan rambut kita. Jelas tak sekarang kenapa keadaan rambut kita bergantung penuh kepada kualiti protein yang kita ambil.

Kalau kita tak pernah kisah dengan kualiti dan kuantiti protein yang kita ambil, so kita boleh jangka macam mana keadaan rambut kita. Rambut kita akan menjadi bercabang, retak, kering, rapuh dan kurang bersinar.

Ini semua tanda-tanda bekalan protein yang tidak cukup. Antara sumber makanan yang anda boleh makan adalah daging, ikan, soya dan lain-lain.

Artikel Berkaitan : Produk untuk mengatasi masalah rambut gugur terlalu banyak.

Dapatkan juga zat besi yang secukupnya setiap hari. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel (secara tidak langsung).

Pada masa yang sama, anda perlu pandai mengelak daripada memakan makanan yang boleh memudaratkan kulit kepala mahupun rambut. Antara makanan yang ada potensi untuk menyebabkan masalah keguguran rambut adalah pemanis tiruan dan aspartame, yang mana ada menunjukkan rekod menipiskan rambut.

Cara Menjaga Rambut #5 – Ambil Makanan Tambahan.

Anda boleh mengambil makanan tambahan ataupun supplemen untuk menghalang rambut anda daripada terus gugur.

Selain memberikan kebaikan kepada sistem dalaman badan, pengambilan supplemen yang mencukupi juga menunjukkan hasil yang memberansangkan kepada kesihatan rambut.

Pastikan anda mengambil beberapa vitamin yang dicadangkan di bawah ini:

Vitamin A:

Vitamin A merupakan satu anti-oksida yang membantu pembentukan sebum pada permukaan kulit kepala. Ubi kentang mempunyai banyak kandungan beta karotene yang mana tinggi kandungan vitamin A. Ia bukan sahaja membantu kulit kepala, malah membantu kesihatan rambut secara tidak langsung.

cara minum vivix
Supplemen yang mengandungi ramuan tinggi antioksidan

Vitamin E:

Vitamin ini boleh membantu peredaran darah, dan perkara ini boleh membantu mengekalkan folikel rambut pada kulit kepala kekal sihat dan produktif.

Semoga panduan di atas berguna untuk anda mengatasi masalah keguguran rambut dan dapat tampil dengan lebih yakin.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 105 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

12 thoughts on “Cara Mengurangkan Keguguran Rambut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!