Cara Nak Buat Adunan Pisang Goreng

Selamat hari minggu. Pagi-pagi sabtu ni tak tahu pula nak masak sarapan apa untuk suami yang nak pergi kerja. Lagi-lagi anak pun tak sekolah, makin menjadi-jadi lah tahap kemalasan seorang surirumah ini.

Sedang dok fikir apa nak buat, ternampaklah kat atas meja sebiji pisang tanduk yang dah masak. Elok juga kalau digoreng pagi ni. Suami Jida suka sangat pisang tanduk ni. Sebab tu kat belakang umah ni ada tanam beberapa pokok pisang tanduk. Ni lah hasil dia. Dapat juga digoreng.

Kalau Jida, adunan goreng pisang Jida mudah je. Ni resepi yang selalu digunakan bila nak buat pisang goreng.

Resepi Pisang Goreng

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
1 sudu air kapur
1 biji telur
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara Penyediaan

Masukkan tepung, garam, air kapur dan telur. Kacau sebati.

Masukkan air secukupnya sehingga bancuhan agak cair. (Agak-agak adunan boleh melekat pada pisang nanti, jangan terlalu cair).

Potong pisang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Kalau pisang tanduk ni memang besar. Tapi kalau pisang lain yang bersaiz kecil cukup sekadar dipotong dua.

Gaul pisang ke dalam adunan. Pastikan adunan melekat dengan sekata.

adunan goreng pisang
Adunan goreng pisang

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng. Guna api yang sederhana bila menggoreng.

Siap.

resepi pisang goreng

Amacam? Senang je kan. Nanti boleh lah cuba ya. Selamat memasak.

P/S : Kalau nak lagi sedap, boleh campur kelapa parut sikit. Lebih lemak dan juga crunchy gitu.

(Visited 239 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!