Cara Print Gambar Online Guna Lifebuuk Apps

Suka ambil gambar banyak-banyak, tapi biar je dalam henpon. Tiba-tiba satu hari semua tu hilang. Wah, seram juga weh kalau terjadi macam tu, lagi-lagi bila takde buat backup kat tempat lain. Sayangnya gambar-gambar kenangan tu semua.

Jadi, apakata sebelum anda menangis tak berlagu, anda print dulu mana-mana gambar penting yang ada di dalam fon anda tu dengan menggunakan aplikasi Lifebuuk.

Secara ringkasnya, cara dia memang senang sebab tak perlu transfer gambar dari fon ke PC atau laptop atau dropbox ke, boleh upload terus pakai fon pintar anda tu.

Cara Guna Applikasi LifeBuuk Untuk Print Gambar.

1) Download application ‘LifeBuuk’ di AppStore / PlayStore.

print gambar online guna lifebuuk
Icon lifebuuk seperti gambar di atas

2) Siap install apps, boleh lah buka LifeBuuk tersebut dan anda akan nampak paparan seperti ini.

cara guna lifebuuk.jpg

Setiap bulan Lifebuuk akan bagi 3 pilihan cover yang comel ni untuk anda pilih. So, kalau dah rasa berkenan dengan mana-mana bulan berkenaan better proceed to next process cepat-cepat sebelum ia bertukar pada bulan berikutnya.

Harga?

Seperti yang anda nampak di sini. 1 photobook berharga RM28, 2 buah RM48 dan 3 buah RM68. So, kalau nak jimat postage, bolehlah grab yang 3 terus. Muahaha. Kadang-kadang ada juga diaorang buat PROMO FREE POSTAGE. So, kena lah rajin-rajin buka apps untuk tengok promo dia orang, ok?

# Macam bulan ni, kalau beli combo 3 photobook boleh dapat diskaun harga Rm61 je. Jimat RM7 daripada harga biasa. Best kan?

 

3) Next step, click ‘Start a New LifeBuuk’ punya words.

4) Masukkan ‘Album Title’ – up to 25 characters sahaja, sebab Album Title ni dia akan printout dekat tepi album nanti.

cara guna lifebuuk.jpg

5) Then akan keluar options untuk anda pilih gambar. Selain ambik daripada memori fon, anda juga boleh retrieve gambar yang ada di FACEBOOK and Instagram. Tapi, kalau nak upload dari situ, kena log in dulu lah macam biasa.

cara guna lifebuuk.jpg

6) Kemudian, pilihlah 50 gambar yang anda suka. Opps, tapi kalau nak edit dulu gambar sebelum print out, silakan edit guna apps editing lain sebab dalam Lifebuuk ni cuma boleh tambah caption and rotate gambar je. Kalau nak hilangkan jerawat ke, nak bagi muka nampak flawless silakan edit terlebih dahulu sebelum upload. Tapi, kalau tak nak edit, proceed terus upload je la.

7) Dah cukup 50 gambar, boleh tekan ‘Next’ – Nanti boleh adjust gambar, rotate gambar dan tambah captions dekat setiap gambar yang korang upload tu.

8) Then dah siap semua, tekan ‘Preview’ untuk check balik album korang. Preview ni penting sebab kadang kita tak perasaan salah letak gambar ke hapa kan. So, sebelum print tu, better korang check one by one ya. Kalau ada yang tak kena boleh tekan ‘Back’ balik untuk adjust apa yang perlu.

cara guna lifebuuk.jpg

9) Rasa-rasa dah puas hati dengan susunan semua, click ‘Place Order’ untuk proceed, click ‘Next’, masukkan details untuk delivery lepas tu klik ‘Checkout’.

cara guna lifebuuk.jpg

 

10) Then lepas dah setel bayar tu, pergi ke tab belah kiri, tekan ‘Status/Reprint’. Then upload gambar yang kita nak Lifebuuk print dan pastikan status tu dah bertukar ‘Ordered’.

cara guna lifebuuk.jpg

11) Siap. Nanti boleh cek lah dekat LifeBuuk tu samaada process dah siap dihantar atau belum. Proses penghantaran mungkin mengambil masa juga, jadi sabarlah menunggu. Tapi, kalau diaorang siap cepat, untung la kan? Best…

Ok lah, itu sahaja perkongsian Jida kali ni, Semoga anda dapat manfaat darinya dan jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya. Terima kasih dan sampai jumpa lagi.

(Visited 20 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Cara Print Gambar Online Guna Lifebuuk Apps

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!