Cara senang supaya konsisten makan vitamin

Selalu saja ada kawan atau customer yang mengadu pada saya yang dia susah nak konsisten makan vitamin-vitamin ni semua. Apalagi kalau dia ni jenis yang ambik banyak jenis vitamin. Mungkin seminggu dua selepas beli masih konsisten makan ikut waktu. Tapi bila dah makin lama, makin banyak pula ter’skip’ telan vitamin.

Jadi, cara saya senang sahaja. Opss, ini TIPS KHAS untuk mereka yang bekerja di pejabat ya! Biasanya, bagi sesiapa yang membeli vitamin Shaklee melalui saya, saya akan bagi Jadual Makanan berbentuk fridge magnet (selagi stok masih ada). Fridge magnet ni tak semestinya diletakkan di peti sejuk sahaja, boleh juga dilekatkan di CPU. Macam saya ni. jadi, bila tengah buat kerja confirm anda akan terpandang fridge magnet yang ada di sebelah anda tu. Ye tak? Lepas dah terpandang, secara automatic akan ingat nak makan vitamin kan?

cara-makan

Kedua, kalau anda ni jenis terlebih fokus buat kerja sampai tak sempat nak jeling kiri kanan.Busy gila la kiranya (atau workaholic maybe!), letak je vitamin-vitamin ni depan monitor. Jadi hiasan di atas meja la kiranya. Kalau dah depan camtu pun tak nampak  dan tak ingat lagi nak makan vitamin tu semua , saya pun tak tahu dah nak advice camne. Letak depan mata kot.

cara-makan-vitamin
Abaikan ruangan kerja saya yang tak tersusun.Tak sempat nak kemas..hihi.

Ketiga, kalau anda ada drawer, boleh juga simpan di bahagian yang sama anda simpan purse atau handbag. Setiapkali anda nak ambik purse, pasti anda akan terpandang botol vitamin yang anda simpan dalam drawer tu. Lagipun, vitamin lebih selamat berada di dalam drawer daripada kat luar kan? Takdelah ada pulak tangan-tangan gatal yang teringin nak curi vitamin anda nanti.

1411546027523

Keempat, set alert dalam henfon anda waktu-waktu yang anda patut makan vitamin. Sekarang kan semua dah pakai smartphone, jadi, gunakanlah kemudahan yang ada untuk perkara yang baik.

Last sekali, boleh juga beli satu pillbox untuk letak vitamin yang korang makan dalam sehari supaya senang nak simpan dalam handbag in case kalau kena pergi kursus sehari dua. Boleh lah anda bawak pillbox ni je. Senang dan praktikal. Ataupun sewaktu makan lunch di luar, lepas habis je makan, terus telan vitamin.Sekarang ni pun berlambak-lambak pill box yang cute miut dijual di pasar raya. Dekat Daiso dan Mr DIY pun ada jual. Murah-murah je.

Akhir kata, Istiqomahlah dalam mengamalkan suplemen apa-apa pun (bukan Shaklee je). Barulah hasilnya optimum dan .

Tips kebaboms ini di bawakan khas oleh Ruzidah Abdullah. Pengedar Shaklee bebas anda. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee. Silalah telefon 0136691930Assalamualaikum…

 

(Visited 179 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!