Cara Untuk Cukupkan Minum Air Di Bulan Puasa.

Badan mudah jadi lesu dan lemah bila air tidak mencukupi dalam badan semasa berpuasa. Sebab itulah bila kita berbuka puasa dengan segelas air rasa segar sungguh. Nyaman rasa tekak dan perutpun dengan automatik dah rasa separuh kenyang walaupun belum jamah nasi lagi. Begitulah kepentingan air dalam badan kita.

Namun begitu, bagaimana nak mencukupkan keperluan air dalam badan kita saat berpuasa? Paling kurang biar cukup 8 gelas sehari. Nak telan 8 gelas sekaligus memang tak mampu. Mau kembung perut jadinya. Jadi, apakata kalau ikut cadangan di bawah ini. Insha Allah, lebih teratur dan mudah untuk diikuti.

cara cukup minum air bulan puasa

Rutin Cadangan Minum Air Semasa Bulan Puasa

1. Ambil 1 gelas semasa awal berbuka.
2. Ambil lagi 1 gelas selepas berbuka puasa.
3. Selepas solat maghrib ambil lagi 1 gelas air.
4. Semasa terawih boleh amik 1 gelas air. ( bawa botol air ke masjid)
5. Lepas solat terawih, ambil lagi 1 gelas air.
6. Sebelum tidur amalkan 1 gelas air
7. Bangun sahur, sebelum makan apa-apa makanan, mulakan dengan 1 gelas air
8. Selepas makan ambil lagi 1 gelas air.

Lebih mudah bukan? Boleh lah cuba bila tiba bulan Puasa nanti. Nak-nak kalau selang seli dengan air tenaga seperti Performance Drink. Rasa air isotonik oren memang best sangat lagi-lagi waktu berbuka. Takde lah asyik minum air manis je kan untuk berbuka puasa nanti.

Jagalah kesihatan anda di bulan puasa yang bakal datang tak lama lagi. Semoga bertemu lagi di entri akan datang.

Bye. Assalamualaikum..

(Visited 129 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!