Cara Untuk Mengatasi Berat Badan Berlebihan

Dah beberapa kali anda ukur berat di penimbang. Seakan tak percaya yang anda kini mengalami masalah berlebihan berat badan. Berbanding bulan lepas, berat terkini dah naik lebih 10kg.

obesiti berat naik

Mungkin anda sendiri tak perasan perubahan tersebut, tapi sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan semula berat anda yang normal. Masalah berlebihan berat badan tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain pula. Antaranya adalah seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit sendi dan lain-lain lagi.

Faktor-faktor terjadinya berat badan berlebihan.

1. Tekanan hidup (Emosi)

2. Genetik/ Keturunan

3. Gaya Hidup Tidak Sihat/ Tidak Aktif

4. Diet Yang Tidak Seimbang

5. Pengambilan Ubat-ubatan

6. Peningkatan Usia

7. Kurang Tidur/ Rehat yang Tidak Menentu.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk dapatkan berat badan ideal dan seterusnya mengelakkan penyakit-penyakit yang akan memudaratkan kesihatan badan.

timbang banyak sangat gemuk berlebihan

Cara Nak Kurangkan Berat #1 – Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan.

Tukar makanan yang tidak menyihatkan dalam hidup. Jajan, kerepek atau cikedis itu adalah makanan ringan yang tidak menyihatkan. Elakkan terus makanan-makanan seperti itu dan biasakan diri untuk memilih kudapan buah-buahan. Potong kecil-kecil buah- buahan seperti epal, oren atau mangga. Mengambil buah-buahan seperti ini sebagai snek lebih baik dan berkhasiat untuk anda. Jadi, siapa kata perlu berlapar untuk kurus?

Cara Nak Kurangkan Berat #2 – Banyak makan protein tanpa lemak. 

Kacang dan daging tanpa lemak juga agak baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak! Jangan jadikan lemak sebagai favorite anda lagi selepas ni. Pilih makanan dengan berhemah di samping dapat pula menjaga kesihatan.

Baca Juga : 11 Makanan Pembakar Lemak Yang Mudah Di Perolehi.

Cara Nak Kurangkan Berat #3 – Makan bijirin penuh.

Bila memilih bijirin, carilah priduk yang mempunyai label 100% whole wheat atau 100% wholegrain dan bukan hanya tepung gandum. Bijirin memastikan anda rasa penuh dan masih kenyang lagi. Ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.

Cara Nak Kurangkan Berat #4 – Makan produk tenusu rendah lemak.

Untuk produk susu pula, tukarlah produk tenusu yang tinggi lemak yang biasa anda ambil kepada yang rendah lemak, kaya protein dan vitamin B6. Perhatikan label pada kotak dengan lebih teliti agar kalori yang anda ambil dapat membantu anda untuk kurus.

Cara Nak Kurangkan Berat #5 – Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari.

Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.  Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan.

Berilah tumpuan kepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula kerana ia membuat anda berasa letih  dan teringin nak makan lagi dan lagi. Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda tersedar yang sebenarnya anda sudah kenyang. (Makan dengan tertib , jangan gelojoh).

Cara Nak Kurangkan Berat #6 – Makan makanan yang berindeks rendah glisemik.

Makanan berindeks glisemik rendah ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, kenyang pun lebih lama. Ini kerana, badan anda menyerap nutrient secara perlahan-lahan , kejatuhan gula dalam darah juga tidak lah secara mendadak.

Contoh makanan rendah glisemik ialah kobis, saderi, timun zuchini, daun salad gelap, bawang pir, tomato, brokoli, pisang, epal dan beri.

Artikel Berkaitan : ESP, Makanan Berindeks Glisemik Rendah Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis.

Cara Nak Kurangkan Berat #7 – Jangan makan apa-apa kira-kira dua jam sebelum tidur.

Apabila anda makan lewat malam, dan seterusnya terus tidur, sistem pencernaan tidak dapat mencerna dengan betul dan proses berlaku dengan lebih perlahan berbanding waktu sebelumnya. Apabila selalu sangat begitu, berat badan mudah naik dan misi kurus anda akan gagal.

Waktu yang terbaik untuk anda makan malam adalah sebelum pukul 8 malam. Namun sekiranya anda tidak sempat menikmati makan malam sebelum waktu itu, cukup lah sekadar mengalas perut dengan biskut atau buah-buahan.

Cara Nak Kurangkan Berat #8 – Minum air kosong yang mencukupi.

Anda perlu menggantikan semua minuman biasa dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Dengan pengambilan air kosong yang mencukupi akan memudahkan anda untuk menurunkan berat badan.

Sesekali, boleh lah anda pertimbangkan air berperisa jika perlu. Kadang-kadang bosan juga kan asyik minum air kosong sahaja. Cubalah minum air limau sebagai selingan kerana dikatakan air tersebut adalah cara semulajadi bagi meningkatkan metabolism anda.

Cara Nak Kurangkan Berat #9 – Kurangkan pengambilan garam.

Walaupun garam adalah penambah perasa bagi menyedapkan mmasakan. Tapi garam juga memberikan keburukan jika diambil selalu dan berlebihan.

Garam boleh menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung- terutamanya dibahagian abdomen. Itulah sebabnya ada istilah gemuk air dimana penyebabnya adalah pengumpulan cecair di dalam tisu badan sehingga menampakkan seseorang itu kelihatan gempal ataupun gemuk.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan suplemen untuk membantu proses menurunkan berat dengan lebih berkesan.

Suplemen-suplemen yang diperlukan untuk turunkan berat badan.

#1. Tambah protein dalam menu seharian.

Salah satu cara untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengambil lebih banyak protein di dalam menu seharian. Selain ayam dan ikan sebagai menu harian, anda juga boleh menambah Energizing Soy Protein (ESP) dalam diet anda.

ESP adalah minuman yang menyihatkan untuk menambah keperluan tenaga seharian seseorang individu. Malah, ia adalah minuman yang sesuai untuk memulakan hari. Dengan mengambil dua sudu besar setiap pagi memang cukup mengenyangkan ibu-ibu semua.

Bila ambil ESP ni juga, keinginan anda nak telan air manis dapat di atasi. Ini kerana, orang yang suka air manis ni adalah di kalangan orang yang badannya kurang protein. Dengan mengambil ESP, InshaAllah, keinginan untuk minum air manis akan berkurangan.

#2 Detoks dengan Alfalfa Complex

Kenapa kita susah nak turun berat badan? Salah satu kemungkinannya adalah badan kita dipenuhi oleh toksin.

Lambakan toksin adalah salah satu faktor gemuk dan punca sukar untuk menurunkan berat badan. Bayangkan sepanjang kita hidup berapa kali kita melakukan proses penyingkirsn toksin (detoks)?

Lakukan proses detoks dengan alfalfa dahulu bagi membantu tubuh menyingkirkan toksin.
Ia berfungsi untuk menyingkirkan lemak dan kolesterol di dalam badan anda.

Malah, kajian klinikal telah membuktikan penggunaan jangka panjang Alfalfa Complex akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
Yang istimewa juga ialah hanya alfalfa yang mengandungi saponin, serat yang bertindak seperti span yang menyerap kolesterol.

#3 Ambil Suplemen Pembakar Lemak Untuk Menghapuskan Lemak-lemak Yang Tidak DiIngini.

Dua produk yang membantu untuk menghapuskan lemak-lemak yang tidak diingini adalah seperti Lecithin dan Omega Guard.

Lecithin

Fungsinya adalah untuk memecahkan lemak-lemak. Ia mempunyai kesan melekat pada lemak, atau dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.

Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Omega Guard

Omega-3 yang terkandung di dalam Omega guard meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan seterusnya membuatkan anda terasa kenyang lebih lama. Selain itu, ia berfungsi untuk membakar lemak yang tidak diperlukan dan menurunkan paras kolestrol di samping meningkatkan memori dan perkembangan otak yang sihat.

Suka untuk Jida kongsikan lagi beberapa testimoni pengguna yang berjaya untuk turunkan berat badan setelah mencuba Set Kurus Shaklee ini.

TESTIMONI :  Ibu 3 Anak Berjaya Turun 10 KG.

testi kurus3TESTIMONI : Turun 4 KG Selepas Amalkan Omega Guard

Testimoni kurus omega guard

Bagaimana? Nampak tak perubahan mereka? InshaAllah, sekiranya anda mengikut saranan pengambilan yang betul, cepat saja kesannya bertindak. Walaupun begitu, suka untuk Jida bagitau, yang setiap individu mempunyai kesan yang berbeza.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan SET KURUS SHAKLEE ? Anda boleh hubungi Jida melalui nombor yang tertera di bawah:-

CONTACT ME NOW !!!

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 74 times, 7 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

5 thoughts on “Cara Untuk Mengatasi Berat Badan Berlebihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!