Cara Untuk Menghaluskan Pori Muka

Pori-pori wajah yang besar boleh mengundang pada terjadinya masalah whitehead, blackhead dan jerawat. Selain itu, kulit juga kelihatan kasar dan tidak licin.

Stress tau bila muka kelihatan seperti ‘kulit limau’ atau paling teruk seperti ‘kulit strawberi’ ?Boleh imagine tak macam macammana.

pori besar

Nak haluskan pori-pori ni bukan mudah. Kena bagi masa pada kulit untuk proses baik pulih. Memang ada rawatan yang dapat menghaluskan liang pori dengan cepat seperti rawatan laser tapi harganya pun boleh tahan mahal.

Jadi apakah cara yang dapat anda lakukan untuk menghaluskan pori-pori di wajah anda? Makin lama anda biarkan, makin teruk pula kelihatan wajah anda. Teman-teman rapat pun dah mula perasan dengan pori-pori muka anda yang jelas kelihatan. Tentu segan kan?

Jangan risau, Jida ada cara untuk membantu masalah anda dan mengatasi masalah liang pori besar yang anda alami. Insya Allah, cara yang Jida nak cadangkan dah ramai yang cuba dan selamat untuk anda menghaluskan pori-pori diwajah.

Sebelum itu, Jida nak senaraikan faktor-faktor liang pori menjadi besar.

Faktor-Faktor Liang Pori Membesar adalah seperti berikut:-

1. Genetik

Masalah pori-pori wajah terbuka boleh disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malahan juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang itu.

2. Penuaan

Apabila seseorang itu semakin meningkat usia, secara semulajadi, penghasilan Elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal. Apabila elastin berkurangan, ia menyebabkan kulit mengendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

3. Cahaya Matahari

Wajah yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan Elastin wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka.

4. Kebersihan

Sekirannya anda tidak mencuci wajah dengan betul, pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

5. Hormon

Perubahan hormon saat anda mengalami menopause dan ketika datang haid (khasnya pada waktu ovulasi), dapat meningkatkan ukuran pori-pori wajah pada wanita. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology pada tahun 1995 menunjukkan bahawa hormon yang dihasilkan selama penghasilan ovulasi meningkatkan sebum dan melebarkan lagi saiz pori-pori.

Adakah cara yang sesuai untuk mengecilkan liang pori?

Terdapat beberapa cara yang boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah liang pori besar ini. Walaupun ia mengambil masa tapi InshaAllah ia adalah cara yang selamat dan berkesan untuk anda.

cara untuk menghaluskan liang pori

1. Sentiasa Prihatin dengan Kebersihan Kulit.

Setiap hari kita akan terdedah dengan pencemaran asap, habuk, debu dan sebagainya. Oleh itu, anda haruslah jadikan rutin mencuci muka sebagai amalan harian untuk memastikan kulit bebas kekotoran dan bersih.

Perlu anda ketahui liang pori yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebab kan dinding liang pori menebal menyebabkan kecacatan kekal. Oleh sebab itulah, jangan abaikan penjagaan kebersihan kulit wajah setiap hari.

Pencuci muka yang boleh anda pilih adalah seperti Nutriwhite Gentle Deep Cleanser ini yang ternyata bebas bahan kimia terlarang dan juga selamat untuk kulit.

Pencuci Muka Nutriwhite

2. Tidak terdedah pada cahaya matahari yang berlebihan

Memang kita tidak dapat mengelak dari terdedah dengan cahaya matahari apalagi kalau kita banyak melakukan aktiviti diluar rumah. Tapi sekiranya tidak ada hal yang mustahak, aturlah waktu supaya tidak melakukan aktiviti diluar ketika panas terik.

Selain itu, sebelum keluar rumah amalkan pemakaian krim pelindung uv diwajah untuk menjaga lapisan kulit dari ditembusi oleh pancaran matahari secara terus.

Sinar UV sememangnya bahaya kerana radiasinya yang panjang dan menembus ke bahagian dermis. Kerosakan yang terjadi akibat UV bersifat kekal dan menunggu masa untuk kelihatan di mata kasar.

Di samping pemakaian krim pelindung uv, anda juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin E yang bertindak sebagai pelindung uv semulajadi untuk kulit. Namun Jida sarankan pengambilan vitamin e dan pemakaian krim diambil serentak untuk hasil yang terbaik. Vitamin E bertindak dari dalam, manakala pemakaian krim melindung kulit secara luaran.

Krim uv spf 15 sun block
Krim Pelindung Matahari

3. Amalkan skrub atau masker muka 2 kali seminggu.

Proses scrubbing yang ringan boleh membantu untuk membersihkan kotoran dan menanggalkan sel kulit mati. Sebaiknya pilih produk skrub wajah yang sesuai dengan jenis kulit muka berminyak.

Di dalam entri Jida yang terdahulu ada Jida kongsikan cara mudah untuk membuat skrub muka sendiri dirumah. Anda boleh baca artikel tersebut disini >>> Cara Membuat Masker Muka Sendiri Untuk Kulit Berminyak dan disini >> Masker Wajah Seminggu Sekali

Paling senang anda boleh menggunakan Nutriwhite MakeUp Remover ni untuk menanggalkan black head dan white head di wajah. Picit sikit krim ini lepas tu tenyeh-tenyeh dimuka secara ringan. Habis keluar semua black head dan white head yang tidak diingini.

Baca Juga : (Video) Cara Menggunakan Nutriwhite Make Up Remover Untuk Mengatasi Masalah Black Head

4. Ambil Kolagen untuk menganjalkan kulit

Dengan mengamalkan pengambilan kolagen secara konsisten, pori-pori wajah akan menjadi semakin halus dan muka menjadi lembut. Kulit yang kendur juga akan semakin anjal dan tona wajah menjadi lebih sekata.

shaklee collagen powder
Collagen Powder

Testimoni Pori Wajah Semakin Mengecil.

Testimoni 1 : Berkesan menanggalkan Sel Kulit Mati Dengan Gentle Action Makeup Remover.

testimomi makeup remover

Testimoni 2 : Kulit lebih lembab, lembut dan cerah

testimoni nutriwhite shaklee2Nurul Husna Mohamed: Husna memang pengguna setia Nutriwhite. Dah dekat setahun dah guna. Memang best sangat. Kulit rasa moist, lembut dan cerah jer. Memang tak pandang pencuci muka lain. Sekarang tengah kumpul duit nak beli fullset Nutriwhite. Hihi.

Huda Karim : Nutriwhite. Cleanser dia memang best. Kulit moist je, rasa nak pegang selalu. Essence dia pun best rasa kulit tegang macam zaman muda remaja gitu. Dah kurang tau garis-garis halus kat dahi.

Testimoni 3

Testimoni Shaklee Collagen Powder

Testimoni 4 : Kulit bertambah cantik setelah amalkan Set Nutriwhite.

testimoni nutriwhite

Alhamdulillah, begitulah feedback yang diberikan oleh pengguna-pengguna yang telah mengamalkan cara seperti di atas.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi segera nombor Jida yang tertera di bawah.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 70 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

8 thoughts on “Cara Untuk Menghaluskan Pori Muka

  1. Best tips ne , sangat betul .. Liang pori besar ne susah nak elak .. Walaupun muka bersih .. Bila liang pori besar terus rasa nak tampal ke bedak tebal2😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!