Cara Untuk Menghilangkan Sakit Belakang Selepas Bersalin

Selepas bersalin, ibu-ibu juga mungkin akan mengalami salah satu daripada gejala selepas bersalin iaitu sakit belakang. Apakah punca-punca sakit belakang ini terjadi dan cara untuk menghilangkan sakit belakang dari terus terjadi.

Punca-punca Sakit Pinggang Dan Belakang Selepas Bersalin Terjadi

cara hilangkan sakit belakang

1. Berat badan Berlebihan Semasa Hamil

Kesan dari berat badan yang berlebihan semasa hamil telah mengakibatkan rasa sakit pada pinggang dan belakang. Malah, ia tetap berlarutan walaupun anda kini sudah melahirkan anak.

2. Postur yang salah

Postur tubuh semasa anda berdiri dan duduk juga boleh mengakibatkan masalah ini terjadi. Contohnya, semasa menyusu anak, si ibu banyak membongkok dan tidak duduk dengan elok maka ini boleh menjadi faktor kepada rasa sakit belakang dan pinggang.

3. Kesan dari proses ketika melahirkan

Kecederaan pada otot-otot dibelakang badan boleh menyebabkan Ibu merasa sakit dibahagian belakang badan.

4. Tidak cukup rehat

Ibu yang kurang rehat semasa tempoh berpantang menyebabkan badan mengalami sakit-sakit di seluruh badan termasuk juga belakang. Malahan, ibu yang tidak dapat berehat dengan baik semasa tempoh berpantang bukan sahaja terjejas fizikal, malah emosi juga boleh terganggu hingga menyebabkan kemurungan.

5. Banyak melakukan kerja berat

Sebagai ibu-ibu, samaada bekerja atau suri rumah memang kalau boleh kita mahu melakukan semua tugas sendiri. Namun, tanpa sedar, bila ibu kerap mengangkat beban berat pun boleh mengundang risiko juga pada diri sendiri. Bahagian belakang kita akan mengalami kesakitan kesan dari mengangkat benda berat tersebut.

Cara-Cara Menghilangkan Sakit Belakang Selepas Bersalin

sakit belakang selepas bersalin

1. Banyakkan berehat dan baring

Selepas bersalin, pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Jika ada masa terluang, baringkanlah badan supaya tulang belakang kita tak terbeban dan dapat rehat. Jadi, kita dapat mengelakkan daripada sakit pinggang lepas bersalin.

2. Dapatkan urutan dan bertungku semasa dalam pantang

Untuk ibu yang bersalin secara normal, anda boleh lah dapatkan khidmat urut dan bertungku untuk lancarkan pengaliran darah dan lebutkan urat. Memang selesa sangat rasa lepas urut dan tungku ni.

Bertungku ni pun penting jugak untuk bantu kelancaran darah. Lagipun, orang lepas bersalin ni elok dengan benda-benda panas ni supaya darah dapat jalan dengan lancar dan elakkan darah dari tersumbat.

3. Elakkan membongkok semasa menyusu baby

Kalau ibu-ibu pilih postur duduk semasa menyusu, elakkan membongkok ke arah baby untuk menyusu. Sebaliknya, angkat baby kepada kita supaya kita tak perlu membongkok. Boleh guna bantal atau nursing pillow untuk menyokong baby semasa menyusu.

Jaga postur semasa menyusu supaya kita tak sakit pinggang. Duduk sandar supaya kita rasa selesa. Jika kita menyusu sambil baring, letakkan bantal peluk kat belakang, baru selesa sikit.

4. Elakkan angkat benda berat

Lepas bersalin, harus lah kena pantang dan elakkan juga angkat benda berat. Pastikan benda paling berat yang kita angkat adalah baby kita tu je, hehe. Seeloknya, dapatkan pertolongan orang lain jika perlu mengangkat barang.

Tak pe lah orang nak kata kita ni malas ke, manja ke, yang penting badan kita, kita kena jaga.

5. Pakai bengkung yang sesuai

Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa juga membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Pemakaian bengkung buat badan kita lebih kemas dan menjaga postur badan kita.

6. Dapatkan sumber kalsium yang cukup

Dapatkan sumber kalsium yang cukup terutama jika kita menyusukan baby. Cadangan Jida, amalkanlah ostematrix selepas bersalin. Ini kerana dalam Ostematrix ada kalsium, juga Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.

Dalam Ostematrix juga ada magnesium yang membantu merehatkan otot. Pengambilan Ostematrix membantu mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.

Jom tengok pengalaman ibu ni, apa yang dia buat untuk hilangkan sakit belakang dia tu. >>>Klik Butang Play.

Alhamdulillah, anda dah dengarkan sendiri apa kesan yang telah Puan Ida Khairani perolehi kesan daripada pengambilan Ostematrix tersebut.

Jadi, bagi anda yang mengalami masalah sakit pinggang selepas bersalin, Jida cadangkan anda untuk mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan termasuk kalsium sebagai ikhtiar untuk kehidupan yang lebih baik, sihat dan ceria.

Sebarang pertanyaan atau order bolehlah dibuat dengan menghubungi nombor Jida dibawah ini.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

klik wasap shaklee

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Untuk mendapatkan PRODUK SHAKLEE dengan HARGA AHLI –> KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 14 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!