Carta Top 10 Produk Shaklee Paling Laris Di Malaysia

Dalam beberapa bulan kebelakangan ni selalu sangat produk Shaklee ni Out Of Stock di branch. Almaklumlah, keluar je stok baru, masing-masing pakat borong sampai licin. Punyalah ramai peminat jenama Shaklee ni kan. Sebab itu, anda yang baru mengenalinya, tak perlu ragu-ragu lagi akan kualitinya. Memang terbaik dan dipercayai.

Nak tahu tak apa produk ngetop yang menjadi pilihan penggemar Shaklee? Berikut Jida senarai 10 senarai top selling produk di Shaklee. Jangan terkejut tau lihat senarai yang pertama.

top 10 produk shaklee terlaris-01

Senarai produk Shaklee yang paling laris di pasaran.

1. VIVIX

no 1 vivix

Walaupun Vivix merupakan produk paling mahal di dalam senarai suplemen Shaklee, namun ia adalah merupakan produk yang menjadi rebutan semua. Ini kerana kelebihannya yang tidak ada pada suplemen-suplemen lain.

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

2. ESP ( Energizing Soy Protein )

esp

ESP Shaklee ini juga merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala kandungan Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

3. Omega Guard

omega guard

Omega Guard Shaklee merupakan supplemen minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang termasuk DHA dan EPA yang amat penting bagi manusia kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya. Jadi, sebab itulah penting bagi kita untuk mendapatkan asid lemak ini daripada sumber makanan atau supplement seperti Omega Guard Shaklee ini.

4. Vitamin C

sustained release vitamin c

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, sebiji Vitamin C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan?

5. Ostematrix

ostematrix

OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Lihat perbandingan sebiji Ostematrix dengan segelas susu dan kacang badam.

ostematrix

Wow! Sebiji ostematrix bersamaan segelas susu atau 80 biji badam? Kalau rasa-rasa tidak suka atau tidak sempat membancuh susu, terus sahaja ambil ostematrix dan telan. Senang!

6. Alfalfa Complex

alfalfa complex

Tahukah anda yang Alfalfa ni mempunyai 1001 khasiat, dan disebabkan itu lah ia digelar raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi Vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

7. Vitamin E

vitamin e

Selalu orang beli Vitamin E untuk pudarkan parut jerawat di muka dan ada yang beli untuk hadiahkan kepada suami sebab katanya Vitamin Cinta, ia juga vitamin Kesuburan buat suami ?. Vitamin E bagus juga untuk jantung sebab dia kuatkan saluran jantung.

8. Vitalea

vitalea

Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

9. Collagen Powder

collagen powder

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen collagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

10. Lecithin

lecithin

Salah satu item yang ada dalam set kurus adalah Lecithin. Malah, Lecithin adalah antara produk pertama yang saya ambil semasa baru-baru kenal Shaklee. Almaklumlah, memang target masa tu nak kurus secara sihat dan alhamdulilah hilang jugalah beberapa kilo. Tapi yang penting kena konsisten lah mengamalkannya.

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membrane.

Itulah dia senarai carta 10 produk Shaklee terbaik yang menjadi jualan terlaris buat masa sekarang. Masing-masing punya kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Anda berminat untuk mencuba mana-mana produk di atas, hubungi terus nombor Jida di bawah ini.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 72 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Carta Top 10 Produk Shaklee Paling Laris Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!