Cemburukan Adik Baru

Assalamualaikum w.b.t

Penerimaan seorang kanak-kanak terhadap ‘ahli baru‘ dalam hidupnya adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang terlalu teruja menerima si kecil dalam hidup mereka dan ada juga yang sebaliknya. Anak Jida yang sulungpun mengalami simptom ‘cemburukan adik baru’ dan hanya dapat menerima kehadiran adiknya setelah tiga  bulan setengah usia Dalili.

cemburu-adik-baru

Kesan akibat cemburu

Cemburu kepada adik baru boleh menjadi sebab kepada pelbagai masalah. Ia boleh menjadi lebih parah sekiranya dibiarkan. Oleh sebab kemahira komunikasi dan bahasa mereka masih belum berkembang sempurna, pada peringkat usia begini, cemburu sering ditunjukkan menerusi kelakuan mudah mengamuk. Selain itu, kencing malam , hilang selera makan juga petanda emosinya tidak tenang. Kesan cemburu juga boleh mengakibatkan tindakan agresif seperti mencubit dan memukul adiknya.

Teringat lagi masa Jida berpantang anak kedua, agaknya mungkin disebabkan Dayana rasa terpinggir, dia mengamuk suruh Jida letakkan adiknya tidur di atas lantai. Dia ingin tidur bersama-sama Jida sahaja. Adiknya di anggap seperti orang ketiga yang mengganggu perhatian mamanya memanjakan dia.

Apa sepatutnya di lakukan?

Mempunyai adik baru bermakna dia bakal berkongsi kasih sayang, masa, perhatian dan ruang. Situasi ini jika muncul secara mengejut pasti akan memberikan kesan emosi yang ketara dan menyebabkan si manja rasa terabai. Ambil langkah-langkah ini untuk mengelakkan dia cemburu pada adiknya selepas dilahirkan kelak.

1- Beritahu bakal kakak atau abang tentang kehadiran adiknya tidak lama lagi sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil. Ajaklah anak berbual dengan adiknya di dalam kandungan.

Langkah ini akan meyebabkan dia tidak ketinggalan dalam penantian kelahiran adiknya dan tahu kelak bahawa dia akan menjadi abang atau kakak.

2- Cuba libatkan anak anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran adiknya. Sebagai contoh ketika shopping barang keperluan seperti baju atau botol susu. Berikan ia kebebasan untuk memilih satu barang untuk bakal adiknya. Langkah ini akan menyebabkan dia berasa seonok , teruja dan berlagak seperti abang atau kakak.

3- Terangkan banyak kali kepadanya (ulang-ulang) bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas di lahirkan . Contohnya, “Nanti bila adik lahir, mama kena susukan adik sebab adik tak boleh makan atau minum macam Dayana, Dia boleh susu mama je. Dia tidak boleh mandi sendiri , pakai baju sendiri. Jadi mama dan Dayana kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Dayana, adik dah boleh buat sendiri.

4-Elakkan mengubah rutin harian anak anda selepas kelahiran adiknya.  Perubahan sepatutnya dilakukan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dia rasa tersisih. Cuba praktik jadual baru lima atau enam bulan sebelum kelahiran. Contohnya waktu untuk temani dia makan, ajarkan mewarna  dan masa untuk mandi.

5- Minta bantuan anak anda semasa menguruskan adiknya. Sebagai contoh minta bawakan lampin atau tisu lembap untuk menukarkan lampin adiknya. Ia membuatkan ia merasa sepeti kakak dan abang yang boleh diharap dan boleh memupuk perasaan sayang terhadap adiknya.

(Visited 280 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!