Cerita Ramadhan Tahun Ini – Semoga Ramadhan Kali ini Lebih Baik

Masuk hari kedua berpuasa baru dapat ucap Selamat Berpuasa buat semua. Hehe..Maaflah terlambat, demam kus-kus pulak 2 hari ni. Mungkin sebab kesejukan mandi-manda di sungai Sabtu lepas kot. Badan pun dah semakin berusia. Cepat pulak dapat penyakit. Tengok anak-anak steady je.

Screenshot_2016-06-05-17-53-41

Jida rasa syukur sangat sebab Ramadhan tahun ini dapat berpuasa di rumah dengan tenang. Tiada lagi terburu-buru lepas balik kerja nak  kena masak untuk berbuka. Almaklumlah, diriku kini sudah menjawat jawatan surirumah sepenuh masa. Kalau dulu sampai ke rumah je dah pukul 6.30 petang. Kalau time banyak kerja, paling-paling lambat Jida akan cuba sampai sebelum Maghrib. Jadinya, selalu jugaklah merasa makanan bazar. Yelah, badan dah penat dan masa pula tidak mengizinkan, tentu sahaja Jida cari lauk siap je. Senang..

Ramadhan kali ini Jida berazam nak masak je lauk berbuka dan bersahur. Selain dapat berjimat, tentu sahaja kebersihannya lebih terjamin. Tapi kalau dah jemu nak kena masak sampai kering idea tak tahu nak masak apa dah, haruslah sekali-sekala menjengah ke Pasar Ramadhan juga. Hari kedua berpuasa semangat nak memasak tu inshaallah masih ada lagi. Sesiapa yang rasa tak tau nak buat apa untuk desert berbuka karang, boleh try Puding Karamel Jida ni haa…Makan sejuk-sejuk..alahai sedapnya (alamak, puasa-puasa..tak baik ingat makanan..haha..)

Selain daripada itu, tahun ini juga kami dah sepakat nak train Dayana untuk mula berpuasa. Lagipun dia dah enam tahun. Sebelum ini memang kami tak pernah ajar dan tak pernah terangkan pun pasal puasa. Baru-baru ni jer baru nak ajar. Huhu..Harap-harap dia dapatlah juga berpuasa walaupun tak penuh. Macam semalam, baru pukul 10.30 pagi dah mintak makanan. Tak tahan dugaan bila lihat adiknya makan kek. Maka, berbuka lah dia sebelum sempat orang azan Zohor sekalipun. Hari ini tak tahulah sampai pukul berapa pulak. Harap-harap lagi lama la dari semalam ataupun lagi best kalau dapat tahan sampai azan Maghrib.

OK lah, itu sahaja coretan Jida kali ini. Harap-harap target Jida nak selalu masak dan train Dayana berpuasa akan berjaya. Insha Allah. Doakan ye.

(Visited 142 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

21 thoughts on “Cerita Ramadhan Tahun Ini – Semoga Ramadhan Kali ini Lebih Baik

  1. all the best dayana. Ummi pun baru nak ajar Along Mustaqim berpuasa ..hari ini adalah first day along.. semoga along , dayana dan kawan-kawan seusia berjaya yer.

    1. itulah salah satu kelebihannya..moga dengan air tangan ibu ini dapat menggembirakan keluarga di saat berbuka nanti.

  2. Seronok jadi surirumah ni kan..boleh msk je makanan berbuka apa yg teringin.klu beli tu kadang tak kena selera tekak..

    Semoga dayana dpt belakar puasa dengan baik.klu dpt sekerat hari pun takpe..nama pun belajar.budak lg kan.hehe
    Puan kutu recently posted…10th AnnivesaryMy Profile

    1. haha..memang..kadang2 dapat yg basi pun ada. baik lah masak sendiri je..simple pun takpe..janji boleh telan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!