Cerita Saya Yang Suka Minum Kafein

Petang-petang memang syok layan kopi. Malah, Jida juga pernah terjatuh cinta dengan minuman berkafein ini suatu ketika dulu. Pagi, petang siang malam kalau boleh nak minum minuman ini. Dah macam addicted gitu.

kopi
Aummm…

Kalau dapat secawan waktu pukul 3-4 petang tuh. Segarnya mata. Tau-tau je la, masa tu kerjanya programmer. Bila dah ke petang tu, otaknya dah mula tepu. Kena la cari cara segarkan mata sebelum bos pandang muka ko semacam kan? Bila masa tea time, cepat-cepat lah Jida bancuh secawan di pantry. Takpun, kalau malas, tapau je di kantin. Boleh lah bungkus kuih sekali. Wahaha..

Masa tu Jida perasan, daripada hanya nak segarkan mata. Jida rupanya dah mula ambil minuman berkafein juga untuk sarapan. Malah, balik kerja pun sama. Sambil lepak tengok TV, bancuh lagi secawan. Kalau tak minum langsung dalam sehari, mula lah tak senang duduk. Itulah namanya ketagihan pada kafein.

bahaya minum kafein secara berlebihan

Mula-mula nak kontrol tu, Jida mulakan dengan kurangkan pengambilan. Dari 2 cawan (pagi petang), Jida kurangkan pada 1 cawan(petang). Lagipun, Jida dah mula balik minum minuman favorite, jadi takdelah terasa sangat. Tapi kawan-kawan sepejabat selalu hasut supaya ambil minuman kafein. Siap offer minuman 3 in 1 diaorang lagi. Sabar je lah.

Alhamdulillah, sejak duduk dirumah ni dah jarang sangat beli minuman sebegini. Kalau ada pun, dah tamat tempoh agaknya baru perasan.

Sebenarnya, bukan tak boleh minum minuman berkafein, cumanya tak elok apabila diambil secara berlebihan.

Nak tahu apa akibatnya? Ok, nanti Jida kongsikan pada entri yang seterusnya ya?

Baiklah, itu sahaja coretan Jida untuk kali ini. Sampai jumpa lagi.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!