Dugaan Disember 2016 : Ibu Masuk Hospital

Dah masuk 10 hari mak Jida yang dikasihi masuk hospital. Maka dalam tempoh itu waktu untuk menulis menjadi agak terhad juga sebab mak memerlukan perhatian yang khusus daripada anak-anaknya. Yelah, bila lagi nak balas budi mak melahirkan dan membesarkan kami kan?

Masuk hospital

Masa inilah Jida rasa sangat bersyukur sebab dah tak bekerja dan buat bisnes dari rumah. Alhamdulillah. Nak balik kampung lama-lama pun tak sapa marah. Lagi-lagi sekarang ni musim cuti sekolah, makanya lagi senang Jida nak angkut anak-anak balik sekali.

Mak Jida hari tu jatuh di tempat dia tidur akibat badan tidak seimbang bila berdiri. Lepas jatuh tu, tulang bahagian peha dia patah. Sekarang ni dah operate tapi belum dibenarkan lagi pulang ke rumah akibat kondisinya belum mengizinkan dan dipantau pihak hospital.

Sejak berulang alik ke hospital, rasa insaf sangat. Walaupun wad mak untuk masalah yang berkaitan tulang dan patah-patah. Tapi pada masa ni lah Jida rasa bersyukur sangat sebab masih sihat. Bila tengok orang sakit, rasa sedih dan kasihan. Ye lah, daripada elok-elok dapat berjalan, sekarang hanya dapat berbaring je.

Ok lah itu je coretan Jida kali ni. Mohon kalian dapat doakan mak Jida sembuh segera ye. Terima Kasih. 😀

(Visited 190 times, 10 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Dugaan Disember 2016 : Ibu Masuk Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!