Episod Pengenalan : Profil Diri Pengedar Shaklee Banting Dengkil Sepang

Alkisah hari ni rasa macam nak perkenalkan diri sendiri pula. Almaklumlah, tak pernah kot rasanya cerita pasal background sendiri sebagai penulis blog pada website ruzidah.com ini. Lagi-lagi pada bakal pelanggan yang mencari pengedar bagi produk Shaklee sekitar Banting, Dengkil dan Sepang.

Salam Perkenalan Buat Semua.

Nama saya Ruzidah Abdullah dan anda boleh panggil saya  Jida. Alhamdulillah, Jida telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan kini telah memiliki 2 orang anak perempuan yang berusia 7 dan 3 tahun.

keluarga ruzidah.com

Sebelum ini Jida pernah berkerja selama 10 tahun dalam bidang IT (grafik dan programming), tetapi kini Jida bertukar profession menjadi manager dirumah sendiri. Manager as merangkap surirumah sepenuh masa. Haha…

Impian bergelar WAHM ( Work At Home Mom ) 

Sebenarnya, walaupun tidak lagi bekerja, Jida juga ada impian sendiri. Kalau dulu, waktu kerja membataskan masa Jida dengan anak-anak tapi kini Jida punya banyak waktu bersama mereka.

Jida mahu menyaksikan mereka membesar di depan mata dan tidak mahu ketinggalan detik-detik berharga bersama mereka.

Anak-anak adalah big why Jida untuk berjaya dalam hidup. Jida mahu mereka memperolehi pendidikan dan hidup yang lebih baik dari sekarang. Dek kerana itulah, Jida sekarang bukan hanya surirumah biasa, Jida juga adalah ‘surirumah yang bergaji‘.

Bagaimana permulaannya?

Sebenarnya, kebetulan sahaja tengah melayari Facebook, terpandanglah iklan Shaklee dari seorang teman. Dari situ lah Jida beli Set Untuk Kurus daripadanya. Sebab masa tu target memang mau kurus. Almaklumlah, lepas bersalin anak pertama badannya naik macam dipam-pam. Maka, berusahalah cari produk untuk kurus.

Nak baca pengalaman Jida boleh baca disini  >>> Nak Kurus Punya Pasal, Penyebab Kenal Shaklee.

Bila di google, banyak feedback positif yang Jida perolehi dari internet. Malah, bila diri sendiri makan dan amalkan lagi la yakin untuk kongsi dengan orang lain kebaikannya.

Pengedar Shaklee Di Banting, Dengkil dan Sepang.

Sejak dari situlah bermulanya kisah Jida dan bisnes Shaklee. Mula-mula sambilan je, tapi kini Jida sudah buat secara sepenuh masa dari rumah. Malah, Jida juga turut membuka peluang pada sesiapa sahaja untuk mencuba buat bisnes dari rumah ini.

Jida tidak mahu berjaya seorang diri, tapi Jida berazam untuk membantu orang lain untuk sama-sama berjaya dan seterusnya dapat mengubah kualiti hidup ke arah yang lebih baik.

Doa-doakanlah, empayar Jida ini akan semakin membesar dan maju dalam masa terdekat ini. Amin….

Sekian sahaja coretan Jida kali ini. Sampai jumpa dilain entri.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 44 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Episod Pengenalan : Profil Diri Pengedar Shaklee Banting Dengkil Sepang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!