16 Fakta Menarik Mengenai Bayi Baru Lahir

Dikurniakan dengan seorang bayi adalah anugerah yang terindah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Namun, adakah anda tahu 16 fakta mengenai bayi yang anda mungkin tidak tahu mengenainya sebelum ini. Antaranya ialah :

bayi_baru_lahir

Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2  Bayi tiada air mata. Pernah anda melihat bayi yang mana di awal kelahiran mereka, mereka menangis tapi tiada titis air mata yang kelihatan? Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. Bayi baru lahir tidak mampu untuk menghasilkan air mata sehingga akhir bulan pertama mereka dilahirkan. Pada ketika ini, mata bayi berkembang dan menghalang saluran air mata. Maka setelah masuk bulan kedua kelahiran mereka, bayi anda sentiasa berair berterusan walaupun mereka tidak menangis, kerana saluran air mata telah terhalang. Kebiasaannya, mata bayi akan kembali normal seperti mata orang dewasa setelah berumur 1 tahun, dimana saluran air mata mereka benar-benar matang. Ibubapa perlu mengambil perhatian mata berair di kalangan bayi adalah normal dan tidak disertai dengan mata merah atau bengkak. Ibu bapa juga digalakkan untuk mnggosok secara lembut dibahagian antara mata dan hidung bayi anda untuk membantu air mata mengalir dengan lancar.

 baby cry

 Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

 Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir. Menurut kajian, 80% bayi yang baru lahir mempunyai tanda lahir (birthmark) yang biasanya akan hilang apabila mereka semakin membesar. Tetapi, kadangkala terdapat juga tanda lahir yang kekal sehingga dewasa. Kebanyakan tanda lahir selalunya tidak merbahaya dan tidak mengganggu kesihatan mahupun sebarang aktiviti fizikal bayi.

cute-baby
                                    Si comel

5 Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6 Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan. Dia hanya melihat wajah anda (ibu nya) kerana penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain daripada objek yang berkontras. Inilah sebabnya, mainan hitam putih dan mainan . Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang 30sm. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu. Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya.

7 Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8 Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9 Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10 Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11 Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12 Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13 Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14 Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15 Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16 Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya

(Visited 1,409 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!