Fungsi Hati Pada Tubuh Manusia

Organ hati adalah merupakan salah satu organ yang sangat penting bagi meneruskan hidup manusia. Fungsi hati sangat penting dalam menyokong aktiviti organ-organ tubuh lainnya.

Berikut adalah di antara fungsi-fungsi hati yang perlu kita tahu.

1. Pengeluaran Air Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Selain itu, hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.

2. Detoxifier (Penyahtoksik)

Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protein.

Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.

Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Hati mengawalnya dengan menukarkan tiroksina(hormon tiroid), ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.

Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4. Penting untuk metabolisme Lemak

Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

5. Menghasilkan protrombin dan fibrinogen yang berfungsi untuk mencegah penggumpalan darah.

6. Menghasilkan zat imunisasi yang berperanan penting dalam sistem imunisasi pada manusia.

7. Mempertahankan suhu tubuh dengan menaikkan suhu darah yang mengalir melalui hati.

(Visited 4 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!