Hayati Keindahan Alam di Taman Botani Shah Alam

Pada 1 Januari 2018 (Tahun Baru), Jida dan suami telah membawa anak-anak menikmati keindahan alam di Taman Botani Shah Alam. Sementelah kami berdua pun tak pernah sampai sini, dalam hati tertanya-tanya jugalah apa aktiviti menarik  disini.

Sampai sahaja kami disini, kami terus beratur untuk membeli tiket dikaunter. Memandangkan hari tersebut adalah cuti umum, memang ramai juga lah pengunjung yang datang bersama-sama famili dan teman-teman. Malah, walaupun disediakan perkhidmatan bas. Kami lebih rela berjalan kaki sebab terpaksa menunggu lama disitu.

taman botani shah alam a

Tiket masuk untuk dewasa berharga RM3 manakala kanak-kanak yang berusia dari 4 tahu ke atas cuma berharga RM1. Selain tiket masuk, tiket untuk mengunjungi Rumah 4 musim juga dijual dikaunter. Harga tiket pada musim salji RM5(dewasa), RM3 kanak-kanak.

Selesai membeli tiket, kami beratur untuk menunggu bas. Namun, dek kerana tak berapa nak sabar menunggu bas yang selalu saja penuh, kami buat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Boleh juga keluar peluh.

Jauh jugalah kami berjalan hari tu. Nasib baik mood anak-anak okay dan mereka mengikut sahaja. Lagipun, terdapat beberapa tempat yang menjual air dan makanan ringan. Maka, dapatlah juga memujuk mereka sepanjang jalan. Malah, cuaca hari tu juga tak berapa panas, maka bolehlah bersantai-santai sambil melihat alam semulajadi.

taman botani shah alam a

Ni lah tempat yang paling anak-anak Jida suka, Taman Haiwan. Walaupun spesies binatang kat sini cuma beberapa jenis. Tapi cukup menggembirakan mereka. Ada kuda, rusa, burung dan landak disini.

taman botani shah alam a

Tengoklah. Suka budak-budak ni bila dapat bagi makan daun dekat rusa. Berebut-rebut nak bagi.

taman botani shah alam a

Ini pula di Rumah 4 musim. Keluar asap dari mulut woo bila bercakap kat dalam ni. Fefeling melancong kat Korea gitu. Rumah 4 musim ni tengah musim salji sekarang ni sampailah Februari. Jadi, kalau nak merasa camana sejuknya cuaca luar negara, bolehlah jalan-jalan kat sini dulu.

Oklah, itu sahaja perkongsian Jida kali ini. Semoga anda boleh mendapat sedikit gambaran mengenai Taman Botani Shah Alam di entri Jida yang ni. Terima kasih.

(Visited 84 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Hayati Keindahan Alam di Taman Botani Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!