Homestay Cantik Dan Selesa di Bandar Mahkota Cheras

Hari ni nak share sebuah homestay yang cantik dan selesa yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Mana tau kan kalau ada yang tengah mencari homestay disini, boleh la cuba menginap disini pula.

Credit : bit.ly/klikbooking

Macam mana Jida boleh sampai disini? Hmmm.. actually Jida ada program teambuilding bersama upline Jida disini. Oleh kerana homestay ini sangat menarik, Jida teringin nak kongsi dengan anda semua apa yang best sangat kat sini.

First sekali, Jida paling suka dekorasi yang ada pada rumah ini. Warna yang dipilih sungguh lembut dan mendamaikan. Lihat sahaja lah perhiasan yang ada di dalam rumah ini. English style kan? Tapi, pada masa yang sama tidaklah terlalu sarat. Jadi, bila kita orang buat discussion dan aktiviti, memang rasa santai je tapi pada masa yang sama tetap boleh fokus.

Homestay Bandar Mahkota Cheras_0

Rumah teres 2 tingkat ini mempunyai 3 bilik tidur. Di dalam bilik tidur utama ada tandas sendiri, tetapi untuk bilik kedua dan ketiga tandas adalah berkongsi antara dua bilik.

Toto, selimut dan bantal tambahan juga turut disediakan. Jadi, jangan risau sekiranya tidak cukup katil. Boleh juga tidur berlapikkan toto di lantai.

Homestay Bandar Mahkota Cheras_0

Homestay Bandar Mahkota Cheras_0

Homestay Bandar Mahkota Cheras_0

Ini ada lah bahagian dapur. Kat sini ada microwave untuk anda panaskan makanan. Ada juga mesin basuh, peti sejuk, toaster dan lain-lain. Kalau tiba-tiba rasa nak bancuh air ke, nak masak maggi ke bolehlah gunakan peralatan yang disediakan. Semuanya tersusun dan disimpan rapi.

Homestay Bandar Mahkota Cheras_0

 

Homestay Bandar Mahkota Cheras_6
Nak jugak enterframe..kih..kih..

Oklah, nak tahu lebih lanjut mengenai rate harga dan detail lain, boleh klik kat sini terus ya >>> Adelia’s Homestay.

(Visited 114 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Homestay Cantik Dan Selesa di Bandar Mahkota Cheras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!