Hukum wanita menyusukan anak angkat

Assalamualaikum w.b.t

Mengambil tahu mengenai hukum adalah perlu bagi kita sebagai umat Islam supaya kita sentiasa berada di landasan yang benar dan diredhai. Kali ini Jida ingin berkongsi info yang Jida peroleh dari sebuah majalah iaitu berkenaan dengan hukum wanita yang menyusukan anak angkat.

breatfeed bayi-anak angkat

1. Islam mengharuskan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat untuk menyusukan sendiri anak itu dengan bantuan rawatan perubatan. Ini adalahberdasarkan pandangan Jumhur fuqaha yang tidak mensyaratkan wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak.

2. Menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu ibu adalah harus dengan syarat ia seorang wanita yang telah mencapai umur baligh samaada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat hormon yang digunakan tidak mengandungi sebarang unsur najis dan mudarat.

3. Terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan iaitu penyusuan secara langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Bagi wanita yang menggunakan alat bantuan sebagai kaedah penyusuan , bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila syarat-syarat penyusuan  yang ditetapkan syarak dipenuhi.

a. Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.

b. Susu yang dihisap mestilah samapai ke perut bayi; dan

c. Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan Qamariah.

4. Wanita beragama Islam harus mennyusukan bayi bukan islam. Begitu juga bayi beragama Islam boleh menyusukan daripada wanita bukan islam kerana tiada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan.

5. Susu ibu yang bercampur dengan bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat penyusuan yang telah ditetapkan oleh syarak

6. Lelaki yang menjadi suami kepada wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

 

(Visited 357 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!