Idea Menarik Hadiah Sempena Hari Guru

Zaman kecik2 dulu, masa  darjah tiga atau darjah empat, Jida masih ingat bonda Jida pernah bungkuskan dua ketul sabun untuk dihadiahkan pada Guru Kelas Jida sempena Hari Guru. Masa tu walaupun masih agak ‘blur-blur‘, tapi Jida bagi juga pada Guru Kelas Jida. Malah, ramai juga kawan-kawan lain yang juga bagi  hadiah sabun pada guru kitaorang. Bila dah dewasa dan mengenang semula memori dahulu kala, rasa nak tergelak pula. Bayangkan, berapa ketul sabun lah yang cikgu tu dapat masa tu, agaknya adalah beberapa bulan dia tidak payah beli sabun untuk kegunaan seharian. Hehe..

Sekarang ni, giliran Jida pula untuk memikirkan hadiah apa nak diberikan pada cikgu sekolah Dayana. Tahun lepas, Jida bagi hadiah kerongsang je. Haha..Sebenarnya, hadiah tu unplanned. Tapi, tetiba je Dayana bawa balik surat dari sekolah mengenai sambutan Hari Guru di tadikanya. Maka, cepat-cepatlah mamanya sediakan hadiah (mana yang ada je ) untuk dibawa ke sekolah tahun lepas. Tahun ni ingat nak sediakan lah awal-awal sedikit supaya tak lah jadi macam kes tahun lepas.

Maka startlah Jida meng’google’ apa-apa idea yang menarik untuk dijadikan hadiah pada cikgu yang mengajar Dayana tahun ini. Best juga bila tengok ke’kreatifan’ mak-mak yang rajin mendeko sendiri hadiah sempena Hari Guru.

idea sempena hari guru

1 – Sebekas Pasu Yang Berisi Pensil Yang di Hias Bunga .

idea pasu bunga pensil_kreatif

Foto diambil dari www.whipperberry.com. Ada tutorial sekali kat link ni kalau rasa nak try.

2- Kad yang dibuat sendiri

kreatif card

Foto diambil dari http://artsycraftsymom.com.

3- Mug DIY ( Cute jugak tuh )

diy custom mug

Foto diambil dari http://eastcoastcreativeblog.com

4- Highlighter, simple but sweet.

highlighter teacher day

Foto diambil dari http://www.home-dzine.co.za

5- Kalau pandai jahit, memang dah buat lama dah. Haha..

Tote-ally-awesome-teacher-gift-idea

Foto diambil dari www.skiptomylou.org

Cantik-cantik dan kreatif kan dia orang ni. Moga tanganku juga menjadi kreatif seperti mereka. Nanti, bolehlah ‘show off’ kat sini pula. Haha..Nantikan ye korang. Moga-moga berjaya la harapnya.

Sekian, terima kasih kerana sudi baca.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 6,176 times, 79 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

12 thoughts on “Idea Menarik Hadiah Sempena Hari Guru

  1. hadiah SABUN!! BETUL!

    Saya dulu pun macam tu juga masa sekolah rendah, sampaikan cikgu yang kita bagi hadiah tu pun boleh siap teka,

    “Sabun ye?” sambil tersenyum.

    Tak tahu nak jawab apa.. blur. haha.

    Perkongsian menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!