Ikan Pekasam Goreng, Membuka Selera Waktu Sahur

Lagi seminggu kita bakal bertemu bulan Ramadhan yang mulia. Sambil-sambil buat perancangan harian, sambil-sambil fikir menu apa yang best waktu sahur nanti

Eh..eh..excited nau kan Jida dah fikir awal-awal menu sahur Ramadhan nanti. Gitulah perangai ibu-ibu ni kan. Belum masuk Ramadhan dah sibuk dengan juadah sahur dan berbuka. Ye lah, bukan apa, senang nanti tinggal masak je apa yang patut. Hehe..

Resepi Ikan Pekasam Goreng ni walaupun tak susah tapi ada juga yang tak tau nak masak cam mana kan? Jida tau lah sebab Jida pun macam tu. ~~Tutup muka, malu…

resepi ikan pekasam goreng

Resepi Ikan Pekasam Goreng

Bahan-bahan

1 ekor ikan pekasam
Sebiji bawang besar (dihiris-hiris)
3 biji cili padi (potong kecil)
Sebiji limau kasturi
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakan

Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng ikan pekasam hingga masak. ( Beras yang ada melekat pada pekasam tidak perlu dibersihkan)
Bila ikan dah masak, angkat dan ke tepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili dan bawang besar. Kacau sentiasa hingga bawang dan cili layu dan naik bau.
Angkat bawang dan cili dan taburkan di atas ikan pekasam tadi.
Perah limau kasturi ke atas ikan.
Sedia untuk dinikmati.

Tengok gambar pun dah terliur. Harap-harap masa sahur nanti, lebih berselera untuk makan dengan nasi. Mesti sedap dimakan panas-panas. Slurrp..Nyum..nyum.

Semoga dengan menu ini dapat memberi idea pada anda yang belum ada menu sahur nanti. Cuma, pesan Jida, makanlah secara berpada-pada kerana ikan ini masin tau. Banyak garam. Perlulah minum air yang lebih pada biasa selepas menikmatinya.

Ok lah semua, itu sahaja perkongsian Jida kali ni. Selamat Menyambut Ramadhan pada semua.

(Visited 55 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!