Info Binatang Peliharaan Kami si Burung Baji Yang Comel

Assalamualaikum w.b.t

Malam ini nak add entri yang santai-santai je untuk pengunjung blog Jida. Apabila belek-belek kamera terjumpa pulak dengan gambar burung-burung comel yang berwarna-warni ini. Mungkin ada yang sedang tercari-cari mengenai info mengenai si burung baji yang comel ini.

burung-budgie-baji

 

Cerita kali ini nak kena throwback 3 tahun lepas la ye. Sejarah bagaimana burung ini mula dibela oleh suami Jida. Encik suami memang suka sangat dengan hidupan seperti burung atau ikan. Ibaratnya seperti pencinta alam semulajadi la gittew.Jadi, bila balik kampung dan ada  orang nak jual, maka dibelilaholeh beliau sebanyak 15 ekor. Bila lama-lama, burung baji ni semakin bertambah. Biasalah, dah beranak pinak. Dari induk yang 15 ekor je,  sekarang adalah dalam 50 ekor. Itupun, sesetengahnya ada dijual oleh Encik Suami kepada orang-orang yang berminat untuk membela.

Burung baji ni ada gred-grednya. Seperti burung yang dibela suami Jida, ini adalah gred C. Kalau baji gred A, saiznya lebih besar, mempunyai bentuk badan yang lebih menarik dan harganya juga lebih mahal.

Setiap hari, suami saya a.k.a Encik Johan akan memeriksa makan-minum si burung baji. Bela-bela jugak, makan minum kenalah ambil tahu, barulah boleh membesar dengan sihat. Betul tak? Hehehe..Antara makanan yang selalu diberi kepada binatang kesayangan dia ni adalah seperti sekoi, dedak ayam, roti (sesekali), nasi (kadang-kadang), jagung mentah(seminggu-sekali), sayur hijau (kadang-kadang) dan tulang sotong (boleh cari dekat pet shop).

tulang sotong

 

Ini lah rupanya tulang sotong tu.Kata Mr Johan, tulang sotong ni boleh jumpa kat tepi pantai. Orang yang selalu turun ke laut, senanglah jumpa benda alah ni. Kalau macam kami, terpaksa lah cari di kedai binatang peliharaan. Fungsinya untuk menguatkan tulang burung dan paruhnya. Macam manusia ni kenalah minum susu atau makan suplemen, macam tu lah juga burung kena cukupkan nutrisi untuk lebih sihat dan kuat. Hehehe…

Dalili, anak Jida nombor dua pun suka tengok burung ini. Dahlah kecil comel je, pastu ada warna warni pulak. Memang geram lah budak montel tu nak picit-picit. Setakat burung baji yang kami ada warna biru, hijau, kuning dan  kelabu campur putih.

auni-dalili-and-budgie
Auni Dalili dan burung baji..BFF..

Nanti-nanti, Jida upload lagi gambar. Internet ni slow pulak.

Salam Ceria.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

 

(Visited 1,447 times, 25 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Info Binatang Peliharaan Kami si Burung Baji Yang Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!