Info Penyakit Kencing Manis

Pada masa kini, penyakit kencing manis bukan lagi penyakit orang tua. Muda-muda pun boleh dapat kencing manis kalau tidak bijak mengawalnya. Apa itu penyakit kencing manis dan bagaimana ia bertindak di dalam badan kita?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormone yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormone yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di bawah perut.

Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah dimana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga . Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

alat-mengukur-gula-darah

Siapakah yang BERISIKO untuk mendapat penyakit Kencing Manis atau Diabetes ini ?

Risiko diabetes boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu risiko yang tidak boleh dan risiko dan yang  boleh diubah. Mengapakah terdapat risiko yang tidak boleh diubah?  Kebanyakan risiko yang tidak boleh diubah adalah lebih kepada risiko yang melibatkan genetic. Kita tidak boleh memilih siapakah ibu bapa kita (kerana genetic biasanya diturunkan daripada ibu dan bapa kepada anak), namun kita sentiasa boleh melakukan amalan yang membawa kepada kehidupan yang sihat.

Risiko yang TIDAK boleh diubah

Umur

Semakin seseorang itu berumur, risio untuk mendapat diabetes semakin meningkat. Seseorang yang berumur lebih 35 tahun sudah dianggap berisiko untuk mendapat diabetes. Lebih membimbangkan adalah trend terkini dimana pesakit kencing manis yang baru dikesan adalah jauh lebih muda (25tahun -35tahun) berbanding pada waktu dahulu. 10 tahun yang lepas, kebanyakan pesakit kencing manis adalah terdiri daripada merekayang sudah menjangkau umur setengah abad.

Ibu Bapa yang mempunyai Kencing Manis

Tahukah anda bahawa jika salah seorang daripada ibu bapa anda mempunyai diabetes, risiko anda untuk mendapat diabetes pada masa kencing manis adalah 10%. Namun begitu , jika kedua-duanya mempunyai kencing manis , risiko anda adalah 90%. Tinggi bukan? Ya, risiko ini adalah tinggi dan kemungkinan besar anda adalah salah seorang pesakit kencing manis pada masa akan dating. Namun begitu, anda masih boleh melambatkan proses ini terjadi. Bertindaklah sekarang sebelum anda mempunyai komplikasi akibat kencing manis.

Bangsa India

Keturunan atau bangsa India lebih berisiko tinggi untuk mendapatkan diabetes berbanding dengan bangsa Melayu dan Cina. Tetapi ini tidak bermakna tiada orang Melayu dan Cina yang akan mendapat kencing manis. Ini cuma bermaksud , kaum India perlu lebih awal mengamalkan langkah pencegahan diabetes. Jika perlu ajarkan kepada anak-anak langkah pencegahan diabetes.

Risiko yang boleh diubah

Berat Badan berlebihan dan Obesiti

Obesiti juga kadangkala dikaitkan dengan kekebalan insulin. Kekebalan insulin ini adalah perangsang kepada pembentukan diabetes dikalangan orang yang berlebihan berat badan.

Cara Hidup yang tidak sihat.

Memakan makanan yang tinggi gula, karbohidrat, garam dan lemak di samping tidak bersenam membolehkan sesorang itu mendapat pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi , kolestrol dan serangan jantung.

kencing-manis

Hubungi saya hari ini untuk mengetahui SET MENGAWAL KENCING MANIS yang sesuai untuk anda.

Ruzidah Abdullah 

email : ruzidah@gmail.com

website : www.ruzidah.com

FB : RUZIDAH ABDULLAH

KONSULTASI BERTERUSAN & PERCUMA UNTUK PELANGGAN SAYA

COD sekitar Banting & Dengkil

POS ke seluruh Malaysia.

KLIK LIKE Di Fanpage Saya VITAONLINESHOP untuk INFO PERCUMA

(Visited 194 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!