Info Radang Sendi (Osteoarthritis) Dan Langkah Pencegahannya

Osteoarthritis adalah nama penyakit umum yang menggambarkan radang yang berlaku pada sendi badan manusia. Tempat yang biasanya berlaku osteoarthritis adalah di sendi lutut. Namun begitu, ia juga boleh berlaku di bahagian sendi yang lain disebabkan faktor tertentu.

Bahagian lutut adalah merupakan salah satu titik sokongan badan. Oleh itu, setiap pergerakan yang menggunakan anggota kaki, akan memberi tekanan pada lutut. Semakin lama, tulang rawan yang menyelaputi lutut akan rosak saban hari disebabkan oleh penggunaan sendi lutut.

Apabila tulang rawan rosak, ia akan mengurangkan penyerapan hentakan dan menyebabkan kerosakan berlaku berterusan. Akhirnya, keadaan ini akan menyebabkan tulang yang membentuk sendi lutut iaitu tulang peha dan betis terdedah kepada kecederaan ketika pergerakan lutut berlaku.

Faktor-faktor berlakunya Osteoarthritis

osteoarthritis tips pencegahan

Peningkatan usia

Faktor peningkatan usia adalah punca utama berlakunya osteoarthritis pada lutut. Kebarangkalian mendapat osteoarthritis pada umur melepasi 45 tahun adalah tinggi, terutamanya pada wanita.

Faktor Keturunan

Bagi mereka yang mempunyai masalah keturunan juga masalah kesihatan yang boleh menjejaskan tulang rawan pada lutut, risikonya lebih tinggi.

Aktif Bersukan

Selain itu, atlet yang manggunakan kekuatan lutut dan tekanan pada lutut seperti melompat dan berlari adalah berisiko.

Masalah Berat Badan

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan pernah mengalami kecedearan lutut adalah punca osteoarthritis boleh berlaku pada usia lebih muda.

Langkah-langkah pencegahan

Terdapat beberapa cara yang boleh anda buat untuk mencegah masalah osteoarthritis. Antaranya adalah dengan :-

  • Mengurangkan berat badan yang berlebihan- Dengan berat badan yang sihat, tekanan pada sendi akan berkurangan.
  • Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Namun begitu, harus diingatkan, seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda mengalami kesakitan .
  • Makan makanan yang seimbang – mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut dan daging jika anda mengidap gout.
  • Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.

Semoga dengan perkongsian kali ini dapat mendedahkan pada anda mengenai ostearthritis dan langkah pencegahan yang perlu anda ambil sekiranya berlaku pada anda.

(Visited 13 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!