[Infografik] 10 Tips Mudah Bangun Subuh

mudah bangun pagi

Assalamualaikum w.b.t.

Sesetengah orang memang susah nak bangkit awal subuh. Bila dah terlajak, solat subuh pun ikut terlajak sekali. Apa tips supaya mudah bangun subuh.

TIPS MUDAH BANGUN PAGI

1. Cuba jadualkan waktu tidur lebih awal daripada selalu. Sekitar 10 atau 11 malam, pastikan anda sudah masuk tidur supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur. Dengan berwuduk, kita sebenarnya telah menyucikan diri kita dari hadas kecil. Tidur dalam keadaan bersih adalah perkara yang disukai Allah.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal. Apapun yang dilakukan, perlulah bermula daripada diri sendiri. Insha allah, niat yang baik, Allah pasti permudahkan.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur. Amalkan selalu, selain mendapat pahala. Hati kita juga akan lebih tenang dengan lebih mengingat Allah.

5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’ Perasan tak, bila kita berniat untuk berbuat sesuatu, otak kita akan merangsang anggota badan kita untuk bertindak secara tanpa kita sedari. Oleh itu, berniatlah untuk bangun awal subuh.

6. Maafkan semua orang sebelum tidur. Mungkin bukan senang untuk bersifat pemaaf, namun, sekiranya hati dipupuk sikit demi sedikit untuk bersifat pemaaf. Insyaallah, hati menjadi lebih tenang. Otak pun tidak lagi berserabut memikirkan masalah. Ibarat kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur. Cuba amalkan pengambilan suplemen untuk kesihatan bagi tujuan mengeluarkan toksin-toksin di dalam badan sebelum tidur. Insha Allah, badan akan menjadi lebih cergas untuk bangun pagi.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti. Pastikan juga nada dering alarm disetkan dengan bunyi muzik yang bersesuaian supaya orang lain tidak terganggu akibat bunyi yang kuat

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

 

(Visited 703 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “[Infografik] 10 Tips Mudah Bangun Subuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!