Jadikan Kesabaran Kunci Kejayaan Yang Paling Manis

Apabila laptop Jida tak sihat maka berhari-hari juga lah blog ini akan menjadi suram tanpa entri. Kali ini tak tahulah berapa lama laptop ini akan koma di ICU. Terpaksalah tuan blog update sahaja entri menggunakan telefon yang tak berapa nak canggih manggih ni. Sabarlah, itulah yang paling penting.

Jadikan kesabaran kunci kejayaan yang paling manis.

Sabar itu manis

Dulu, masa masih bekerja pun begitu juga. Apabila ada masalah di tempat kerja, kesabaranlah yang banyak membantu. Tapi hampir dua kali juga nak tender surat. Haha. Almaklumlah, dah kerjanya memastikan sistem berjalan lancar. Kadang-kadang tengah-tengah malam pun terpaksa terima panggilan kalau sistem ada problem.

Bukan nak mengenang kembali kisah tempat kerja. Dah jadi kenangan dah pun..Cuma nak relate kan yang kat mana-mana pun kita berada kesabaran itu amat penting dalam hidup kita.

Even kat rumah ni pun, kesabaran pun diuji setiap hari dengan karenah anak-anak. Bila anak yang sulung tak nak berkongsi mainan dengan adiknya, bukan nyaring lagi diaorang bergaduh. Seorang menangis melalak, seorang lagi menjerit-jerit marahkan adiknya. Itu baru dua orang. Tidak dapat dibayangkan masa mak Jida jaga kami sepuluh beradik. Lagi stress agaknya masa tu.

Sabar itu separuh daripada iman. (Riwayat al-Baihaqi)
Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat Nabi Muhammad SAW, ini adalah kerana sifat sabar adalah perkara yang paling asas dalam akhlak didalam agama Islam, bahkan ianya juga merupakan ibu kepada akhlak di seluruh dunia.
Manakala, dari konteks bahasa pula, sabar bermaksud menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.
Dalam bisnes adakala kita tak sedar…tanpa kita usaha ada juga rezeki kecil yang datang. Jadi kalau ditambah dengan usaha pastinya lebih hebat!

Usaha bukan hanya update manusia melalui fb, blog atau insta tapi keep in touch dengan ALLAH melalui zikrullah dan Quran.

Sabar dalam berusaha juga penting kerana tiada orang mengandung dari 2-3 bulan terus melahirkan anak. Tiada juga pokok yang berbuah dalam sehari selepas dibaja.

Allah ciptakan alam dan perkara yang berlaku untuk kita ambil iktibar.

Bukan mudah nak bersabar di dalam semua perkara.
Ya, memang benar bukan perkara mudah untuk bersabar. Tetapi sebagai seorang manusia yang waras, pupuklah sifat sabar dalam diri anda. Inshaallah, dengan adanya sifat ini, hidup kita akan lebih tenang.
Nota kaki : Harap-harap laptop Jida dapat dibaiki nanti. Takdelah susah bebenor nak tulis entri pakai fon kecik.
Eh..Sabar oh Sabariah..
(Visited 251 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Jadikan Kesabaran Kunci Kejayaan Yang Paling Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!