Jalan-Jalan Bawa Anak Naik Komuter

Dah lama dah tak naik komuter ni. Paling last naik pun dah lama. Tujuh tahun lepas seingat Jida. Masa tu tengah sarat mengandungkan Dayana, anak sulung Jida. Haha, bayangkanlah tengah sarat-sarat tu, boleh pulak teringin nak naik komuter bersesak-sesak ke stesen Masjid Jamek. Mengidam nak naik komuter katanya.

Pengalaman bawa anak-anak naik komuter.

Selepas zohor, kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke stesen komuter Bangi. Dah sampai komuter lebih kurang 20minit lepas tu, cari lah tempat untuk parking kereta dalam tu. Nasib baik parking kereta situ luas. Jadi, mudah sangat nak travel dengan komuter kalau nak tinggal kereta di KTM Bangi.

Ok dah selesai suami parking kereta, Jida pun beli lah tiket. Harga tiket sehala (Bangi -Seremban) untuk dewasa RM5.40 manakala kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun adalah separuh harga sahaja. Kalau  nak tau harga tiket untuk lain-lain stesen boleh refer sini. Oleh kerana dah lama sangat tak naik, rupa tiket pun dah menjadi seperti token.

bawa anak jalan-jalan naik komuter
Mana la komuter ni tak sampai-sampai

Lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya tren ke Seremban tiba. Waktu pergi ke sana, alhamdulillah sekejap je kena berdiri sebelum ada tempat kosong. Tapi bila nak balik ke Bangi, sesak padat pula komuter yang kami naiki. Maka, terpaksa lah berdiri saja sepanjang perjalanan. Nasib baik perjalanan Bangi-Seremban cuma 30minit. Kalau tiga jam, mahu patah pinggang dengan anak nak berdukung lagi. Kasihan juga melihat warga emas yang tak ada tempat duduk. Mesti penat mereka berdiri.

bawa anak jalan-jalan naik komuter
Kenangan di depan train
bawa anak jalan-jalan naik komuter
Mak pak pun nak posing juga.

Begitulah sedikit kisah keluarga kami dihujung minggu. Gembira juga mereka bila sesekali dibawa menaiki komuter. Lain kali kita boleh naik lagi ya anak-anak. Tapi masa tu mungkin kena pilih hari biasa pula. Baru tak sesak sangat.

Ok lah korang. Sehingga kita bertemu lagi dilain entri.

(Visited 25 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Jalan-Jalan Bawa Anak Naik Komuter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!