Jalan-Jalan Ke Japanese Village Bukit Tinggi Pahang

Sempena ulang tahun kelahiran anak kedua Jida iaitu Nur Auni Dalili yang jatuh pada bulan Julai yang lepas, kami tiba-tiba plan nak sambut di tempat yang jauh sedikit daripada kawasan rumah. Makanya, pagi tu lepas ambil kek yang telah ditempah awal, kami bertolak ke Japanese Village di Bukit Tinggi, Pahang.

Cadangnya nak bawa anak-anak ke sana jalan-jalan sambil celebrate birthday Dalili secara kecil-kecilan. Excited betul Dayana dan Dalili sepanjang nak ke sana. Maklumlah, bukan selalu kami jalan jauh dihujung minggu.

Maka, dalam pukul 9 kami bertolak lah ke sana. Perjalanan dari rumah ke Japanese Garden Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Sempat lah budak berdua tu tidur dulu dalam kereta sementara nak sampai sana.

Beginilah rupa pondok yang menjual tiket masuk ke sini. Harga tiket untuk dewasa adalah RM15, manakala untuk kanak-kanak pula RM8.

pintu masuk bukit tinggi

Sebenarnya, sebaik sahaja anda membayar tiket disini anda juga boleh melawat Colmar Tropicale yang juga menjadi daya tarikan bagi pelancong dalam dan luar negeri.

Lepas pada tempat jual tiket anda ikut je arah papan tanda ke Japanese Village. Di sana nanti, anda akan dapat melihat kawasan parking yang agak luas untuk pengunjungnya.

Nak kesini, Jida nasihatnya pakailah pakaian yang sesuai dan selesa. Kalau pakai ala-ala supermodel, risau pula sakit tumit nanti sebab kena panjat tangga dan bukit sikit nanti kat atas sana. Pastu kalau ada bawa orang tua yang tak berapa kuat lututnya pun macam tak berapa sesuai untuk ke sini. Risau diaorang tak kuat untuk naik atas.

Anak Jida ni baru dikejutkan dari tidur, pasal tu muka pun nampak blur-blur je nak kena panjat tangga. Tapi, bila dah start naik tangga, terus aktif semacam. Yang kecil tu pun tak nak didukung dah. Nak jalan sendiri je. Suka dia.

japanese village bukit tinggi-01

Bagi pencinta alam, pemandangan di atas sana memang sangat cantik. Sebelum datang sini, pastikan bateri fon full charged dan ada extra power bank. Jangan jadi macam kitaorang, tak puas bergambar kenangan.

 

japanese village bukit tinggi-01

japanese village bukit tinggi

Pemandangan di sini memang cantik dan sesuai sangat pada yang suka berfoto untuk merakamkan kenangan bersama keluarga. Malah, ada juga disediakan tempat untuk menyewa baju tradisional Jepun di sini. Sesiapa yang nak bergaya ala-ala gadis kimono bolehlah dapatkan perkhidmatan sewa baju disini ya.

Oklah itu sahaja perkongsian Jida kali ini. Semoga bertemu lagi dilain entri.

selamat hari jadi dalili
Happy birthday Dalili!
(Visited 31 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Jalan-Jalan Ke Japanese Village Bukit Tinggi Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!