Alhamdulilah, hari ini berkesempatan bawa anak jalan-jalan ke Paya Indah Wetlands, Dengkil sebab papanya cuti . (Hari cuti buruh jatuh pada hari Ahad. Jadi, cuti hujung minggu bawak ke hari Isnin). Walaupun dah berpuluh-puluh kali datang sini dan dekat pula dengan rumah, bawak anak jalan-jalan kat sini dah cukup menggembirakan diaorang.
Kenapa sering sangat kami datang sini?
- Lokasinya dekat dengan tempat tinggal kami. 15 minit je dah sampai sini.
- Ada binatang-binatang yang budak-budak memang excited nak tengok. Nanti korang tengok gambar kat bawah ni ya.
- Boleh bawa anak berbasikal/ joging/ main layang-layang di sini
- Ada kemudahan asas yang lengkap seperti kedai makan/ tandas dan surau disediakan.
- Ada wakaf-wakaf yang sesuai untuk satu keluarga piknik sambil menikmati keindahan alam.
Siap ada point lagi. Hehe..
Inilah rupa pintu masuk paya indah wetlands. Ada guard di pintu masuk yang akan datang tanya apa tujuan kita masuk situ. Kalau untuk lawatan, nanti dia akan tunjukkan arah tempat registration.
Ditempat pendaftaran, satu borang akan diberi untuk diisi butiran peribadi. Dah siap isi apa yang patut, diaorang akan bagi pas kebenaran lawatan untuk diletakkan di dalam kereta. Lupa lak nak bagitau, masuk kat sini percuma je tau.
First sekali kitaorang pergi ialah kolam buaya. Rasanya kat sini ada berpuluh-puluh ekor buaya tapi spesis apa, maaflah, lupa nak baca. Hehe..Dan kalau korang datang menziarah buaya ni masa petugas kolam nak bagi makanan, bolehlah tengok secara dekat. Ada waktu-waktu tertentu jugaklah nak tengok diaorang bagi makan.
Bagi yang first time datang memang rasa excited lah tengok buaya-buaya ni semua. Tapi kalau dah berkali- kali tengok, dah macam tengok batang kayu dah rupanya..Haha.Ye lah, buaya-buaya tu bukan buat show ke apa. Just berendam je dalam kolam tu. Memang nampak cam batang kayu je lah.
Yang dibulatkan putih tu abang buaya tau. Bukan batang kayu. Sebab ambik gambar dari jauh dan kualiti gambar pun tak berapa nak ada. Itu je lah hasilnya.
Kemudian, kami bergerak pulak ke lokasi burung undan di Kolam Lestari.
Maaflah takde gambar burung Undan nak tepek kat sini sebab burungnya tak datang dekat pulak hari ni. Diaorang dok menyorok je belakang pokok. Jadinya budak-budak ni just dapat bagi makan kat itik je lah. Huhu. Takpe, lain kali kalau datang lagi Jida ambil gambar dia ye.
Plannya lepas tengok burung, nak pergi melawat Encik Badak Air pula. Tetapi memandangkan pada masa itu mereka dah kenyang setelah dibagi makan pada pukul 11 pagi. Makanya takdelah nampak kelibat mereka kat atas darat. Agaknya tengah syok berendam kat dalam pool la tu.
Last, kami berhenti dekat Kolam Ekologi. Di sini, korang boleh bagi makan ikan yang ada kat dalam kolam. Sebelum datang sini, singgahlah beli roti kat mana-mana dulu. Tapi kalau tak sempat, boleh juga beli makanan ikan di Kaunter Pendaftaran. Diaorang ada jual kat situ.
Lebih kurang tiga jam pusing-pusing dalam tu dan anak-anak pun dah mengadu nak makan eskrem, makanya terpaksalah beransur dulu. Sebelum keluar, pastikan korang bagi balik pas lawatan tadi kat guard yang bertugas kat situ. Jangan bawa balik pulak. Haha..
Untuk info lebih lanjut mengenai waktu operasi, aktiviti dan orang yang boleh dihubungi berkenaan dengan Paya Indah Wetlands boleh lah klik sini ya.
Huhhh.. Ada buaya gak ekk.. mesti seronok bawak anak2 pi jalan ni.. insyaAllah ada rezeki boleh ke sini..hehe
Hafizul recently posted…10 Kesilapan Aku Di Zaman Bujang
Ada..tarikan kat sini buaya n badak air. Kalau pi masa feeding lagi seronok la.
saya banyak kali dengar pasal tempat ni
tapi belum penah sampai
agak sunyinya ye tempatnya. buaya tu yang mengerikan tu. huhu
anyway saya membalas kunjungan =)
terima kasih kerana sudi singgah disini. Ya, kawasannya agak ke dalam sedikit. Tapi takdelah sunyi sangat sebab ada kereta yang keluar masuk dan bersebelahan pula dengan kem PLKN. =)
menarik juga tempatnya
Raihanah Ahmad recently posted…Minuman Isotonik Terbaik Pilihan Anda
Aah..boleh tahanlah. sesuai untuk aktiviti santai bersama anak-anak.
Anak-anak saya tentu suka kalau kami bawa mereka ke sini…. Lagi-lagi kalau dapat tengok buaya secara Live di depan mata…
Anuar recently posted…Peluang Perbaiki Bacaan Al-Quran Di Bulan Ramadhan bersama FURQAN WORKS SDN. BHD.
Kanak-kanak memang excited tengok binatang. Dah banyak kali bawak pun dia orang suka je..
wah..menarik dan cantik tempat nie..kalau kesempatan mahu juga pergi nie..
mrhanafi recently posted…Kisah Sebatang Pen Yang Mengharukan
Apalagi, boleh lah plan bawak family nanti. =)