Jangan Layan Emosi Sedih Ketika Berpantang

Pada tahun 2010, Jida melahirkan anak sulung Jida, Dayana di Hospital Kota Bharu. Walaupun masa tu masih bekerja di Selangor, Jida minta cuti maternity awal 3 hari dari tarikh due.

Alhamdulillah, walaupun Dayana dilahirkan lewat sehari dari tarikh yang dijangka oleh doktor. Semuanya selamat dan dipermudahkan. Mengikut perancangan awal, Jida nak berpantang dengan mak Jida. Ya lah, mak sendiri kan, mestilah kita lagi selesa kalau nak minta dia jagakan. Mak pun suka sangat dapat cucu baru.

Namun, bukan semua perancangan sama seperti kita rancangkan. Hari ke-10 Dayana dilahirkan, mak Jida kena stroke separuh badan. Masa tu mak, Jida dan Dayana tidur siang. Bangun je dari tidur, muka mak dah herot. Ya Allah tak tau nak cakap macam mana. Tapi, dalam hati Jida mungkin sebab baru bangun tidur, maka muka mak jadi macam tu.

Sebenarnya mak pun tak perasan muka dia dah herot, sehinggalah dia cuba bangun dan nak berdiri tapi tak boleh. Ayah datang bila dengar mak jatuh. Dan, ayah Jidalah yang beritahu mak muka nya dah lain macam.

Cepat-cepat ayah Jida panggilkan adik lelaki Jida dan minta bawakan mak ke klinik untuk rawatan. Ya Allah, masa tu Jida rasa macam tak percaya pula sebab sebelum mak tidur tu, kami ada bersembang-sembang macam biasa. Tau-tau petangnya mak kena strok. Rasa bersalah sangat masa tu, sebab minta mak jagakan Jida masa pantang. Memang dia ada bagitau dia rasa mudah letih dan badan dia kadang kebas-kebas, tapi Jida tak tau pula rupanya itulah simptom-simptom mak bakal kena strok. 

Emosi Ibu Berpantang

Petang tu, Jida telefon suami dan beritahu dia apa yang terjadi. Ketika itu suami dah balik ke Selangor dan memulakan tugas ditempat kerja setelah bercuti seminggu menguruskan Jida dan anak. Pada suami, Jida menangis semahu-mahunya. Rasa bersalah, risau, sedih, tak tahu nak buat apa timbul dan bercampur aduk dalam diri.

Mungkin bercampur juga dengan emosi ibu berpantang yang sensitif dek perubahan hormon dan masih belum kuat sepenuhnya. Jida bersalinkan Dayana secara ceaserean, maka di hari yang ke 10 tu Jida masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

Ibu Berpantang Kena Kawal Emosi 

sedih ibu berpantang
sekadar hiasan

Melihat mak hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk bergerak, memang menyebabkan suasana dalam rumah ketika itu berubah menjadi berlainan dari selalu. Kesedihan terpancar dimuka semua orang dalam keluarga kami.

Namun begitu, Jida cuba mengawal emosi sendiri agar tak terus berada di dalam kesedihan. Jida kena mengaku yang dugaan yang Jida alami ni tak besar mana. Ada lagi orang lain yang diuji lebih hebat dari Jida. Malah, semua yang berlaku adalah qada dan qadar dari Allah. Jida redha atas ketentuan-Nya.

Keluarga Banyak Membantu

Walaupun mak dah tak mampu nak jaga Jida semasa berpantang, Jida masih bersyukur ada adik beradik yang dapat membantu. Walaupun mereka tak dapat nak teman seharian kerana terpaksa bekerja, namun makan dan minum semasa berpantang ada yang tolong buatkan. Alhamdulillah.

Suami Banyak Beri Sokongan

Walaupun cuma berhubung melalui telefon, suami sentiasa menghubungi Jida. Dia lah yang banyak beri sokongan agar Jida sabar dan tidak sedih sepanjang tempoh berpantang.

Alhamdulillah, walaupun keluarga dilanda ujian ketika itu, Jida dapat lalui tempoh berpantang dengan baik.

Wanita Kena Kuat Jaga Emosi Ketika Berpantang

Seteruk mana pun ujian yang datang dalam hidup anda ketika anda sedang berpantang. Hadapilah saat itu dengan tabah dan redha. Jiwa yang terus lemah dan patah semangat, boleh merosakkan diri sendiri. Paling teruk boleh jadi depression berpanjangan atau meroyan.

Ingatlah, kita ada anak kecil yang baru nak mengenal dunia. Jangan biarkan dia diabaikan dan tiada kasih sayang ibunya. Mohon kekuatan dari Allah semoga kita semua mudah bangkit dari sebarang ujian. Aminn..

(Visited 28 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!