Jaundis Di Kalangan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum w.b.t

bayi-jaundis-kuning

Salah satu komplikasi selepas kelahiran bayi baru lahir ialah jaundis. Hal ini adalah normal di mana tubuhnya memproses lebihan sel darah merah yang tidak diperlukan. Hasil proses itu iaitu bilirubin membuatkan bayi kelihatan kuning jika hati tidak mampu memprosesnya dengan baik. Pada paras yang rendah, bilirubin tidak memudaratkan tetapi akan mengundang padah jika  di paras yang tinggi.

Ia meninggalkan badan melalui air kencing dan najis. Semasa anda hamil, badan anda membuang bilirubin dari bayi anda melalui plasenta. Manakala, selepas kelahiran pula , badan bayi anda mesti menghapuskan bilirubin dengan sendiri.

Untuk makluman, jaundis lebih biasa berlaku kepada bayi pra matang, sakit, dilahirkan oleh ibu menghidap diebetes dan lahir setelah ibu diberi ubat pencetus kontraksi (induce) atau pitocin. Seperti yang diketahui, kebanyakan bayi ini akan lahir secara ceaserean. Oleh itu, jaundis memang biasa terjadi kepada bayi bukan kerana proses pembedahan itu, tetapi kerana keadaan dan ubat yang digunakan cenderung menyebabkan kadar bilirubin yang tinggi.

Menyusukan bayi akan membuatkan dia membuang najis dengan lebih kerap. Menerusinya lebih banyak bilirubin dibuang. Jika bayi tidak membuang najis secukupnya, bilirubin akan diserap semula melalui usus. Memandangkan kolostrum bertindak sebagai julap, ia membantu tubuh memproses dan mengeluarkan lebihan bilirubin.

Kajian menunjukkan penyusuan 7 kali sehari atau lebih secara ketara mengurangkan kejadian jaundis. Jadi , kekerapan penyusuan adalah langkah terbaik meminimumkan jaundis. Jika bantuan tambahan diperlukan, lampu fototerapi mungkin perlu digunakan.

Dalam kes yang jarang berlaku, jika tahap bilirubin kekal tinggi dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan otak dipanggil kerniterus. Dan ini boleh membawa kepada masalah yang serius sepanjang hayat.

Jadi, pastikan bayi anda mendapat rawatan sewajarnya sekiranya diperiksa mempunyai jaundis selepas dilahirkan.

(Visited 2,401 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!