Juadah Minum Petang : Kuih Onde-Onde

Sesekali bila tiba hujung minggu, Jida ada jugalah buat apa-apa kuih yang Jida tau. Yang simple dan senang macam popia ke, puding gula hangus ke, bubur kacang ke. Tapi  tu semua ikut mood jugalah.

Macam baru-baru ni Jida cuba jugalah buat kuih onde-onde. Haa..kuih onde-onde ni dikenali juga dengan nama buah melaka. Bahan-bahannya memang simple dan sesuai sangat kalau dihidangkan sambil minum petang.

Ini cara Jida, lain orang mungkin lain caranya. Tapi ni apa yang Jida buat ye.

Bahan-Bahan:
🍀 Tepung pulut – guna satu cawan, ni kena agak-agak. Takde sukatan tepat.
🍀 5 helai daun pandan – untuk buat jus pandan
🍀 Gula melaka – potong kecil
🍀 1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja
🍀 Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut
🍀 Sedikit kapur

Cara cara:
Sediakan satu bekas. Masukkan tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan. Kalau rasa-rasa macam masih melekat semasa menguli masukkan lagi tepung.

Onde-onde
Tak de sukatan. Kalau rasa lembik, tambah sikit lagi tepung.

Jus pandan - onde-onde

Onde-onde
Dah tak melekat tu kira ok lah tu
Gini lah rupanya setelah diuli
Gini lah rupanya setelah diuli

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.

Onde-onde buah melaka

Gula melaka
Potongan kecil gula melaka

Masukkan gula Melaka yang telah dipotong kecil ke dalam bulatan tadi.

Selepas itu, tutup adunan dengan kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi.

Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

Gaulkan dengan kelapa

Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut.

Onde-onde

Sedia untuk dihidangkan.

Haa, senang je kan ? Petang ni boleh lah cuba ya? Mesti satu keluarga menggemarinya. Lagi-lagi kalau makan beramai-ramai. Sekali hidang je habis.

Ok lah, setakat itu dahulu coretan Jida. Semoga membantu. Bye.

(Visited 212 times, 11 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Juadah Minum Petang : Kuih Onde-Onde

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!